Walaupun bermain dengan hanyab 10 pemain selama 80 minit perlawanan ia langsung tidak melemahkan semangat pemain-pemain Johor Darul Ta’zim sebaliknya mereka bijak dalam mengawal tempo permainan bagi mastikan Terengganu tidak boleh mengambil peluang yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Dengan pengalaman pemain-pemain JDT sahaja mereka dapat mengawal dan menguasai permainan dengan baik selain mempunyai kekuatan mental dan semangat berpasukan yang jitu.

Kita boleh melihat sendiri dari awal dan selepas Safiq Rahim dilayangkan kad merah JDT masih lagi mampu untuk bermain dengan baik walaupun terpaksa menukar strategi permainan. Apa yang menariknya bagaimana JDT mengunakan peluang-peluang yang dimiliki itu pada 20 minit awal permainan dimana Harimau Selatan itu berjaya mendahului 3-0 dan sudah tentu dengan jaringan itu akan mematikan keyakinan anak didik Nafuzi Zain. Tetapi yang lebih menerujakan bagaimana keputusan-keputusan tepat di buat oleh Cabrera dan Bergson de Silva serta permainan kombinasi yang dimainkan di antara pemain-pemain Harimau Selatan itu.

Bermula dengan jaringan pertama Bergson yang bijak membuat keputusan tepat dan pantas dengan melakukan ‘half volley’ dari jarak yang jauh, begitu juga dengan jaringan kedua Bergson. Namun yang lebih menarik perhatian penulis, bagaimana jaringan kedua JDT yang dijaringkan Cabrera. Di mana beliau menunjukan kebijaksanaan dalam membuat keputusan tepat apabila memulakan larian ke dalam kawasan penalti setelah melakukan hantaran kepada Arif Aiman dari tengah padang dan meletakkan dirinya di posisi yang tepat bagi menunggu peluang untuk menjaringkan gol di dalam kawasan penalti.

Bukan mudah untuk melakukan reaksi sebegitu dengan pantas hanya pemain yang mempunyai kecerdikan berfikir dengan pantas sahaja akan mampu melakukannya. Pergerakkan ini yang perlu di lihat dan dijadikan analisis serta panduan oleh jurulatih tempatan terutamanya dalam melahirkan “Thinking Athlete”. Keputusan yang di panggil “Critical Thinking” boleh dilakukan melalui kaedah latihan yang menggunakan pergerakkan yang pantas selain pemain juga peka dengan keadaan sekelilingnya. Inilah inti pati kejayaan JDT menewaskan Terengganu selain dengan pengalaman yang luas pemain-pemainnya.