Kekalahan 0-2 Penang FC dalam pusingan pertama saingan Liga Super kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pasti akan menjadi iguan kepada anak-anak didik Tomas Trucha apabila tewas pada minit-minit akhir perlawanan.

Sudah pasti dengan kekalahan itu ia memberi satu pengajaran yang bermakna buat Tomas Trucha sebelum berhadapan dengan Johor DT dalam pusingan kedua malam ini.

Inilah saat terbaik untuk Thomas Trucha dan anak-anak didiknya membalas kekalahan yang dialami pada pusingan pertama kerana ia bermain di laman sendiri.

? KEDUDUKAN LIGA SUPER - LS12 #LigaSuper2021

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, May 5, 2021

Pemain-pemain Penang FC perlu bijak dalam memgawal tempo permainan dan perlu menguasai bola dengan lebih kerap serta cepat memenangi bola terutama di kawasan tengah padang.

Sekiranya mereka dapat melakukannya dengan baik tidak mustahil Penang boleh mengawal permainan kerana mereka telah buktikan pada beberapa perlawanan sebelum ini. Dengan formasi 4-2-3-1 yang sering digunakan Trucha itu sebenarnya memberi kelebihan pada Penang berdasarkan kualiti pemain yang dimilikinya.

Berdasarkan formasi itu juga ia akan memberi keseimbangan pada Penang untuk memberi saingan pada Johor DT baik ketika menyerang atau bertahan.

Lantas, dengan kekuatan yang ada itu pemain-pemain Penang hanya perlu menggekalkan konsentrasi sepanjang permainan. Ini tugas utama kepada ketua pasukan Penang, Endrick dos Santos, untuk sentiasa berkomunikasi dan memberi kata-kata semangat kepada rakan-rakannya agar terus berjuang sehingga wisel penamat dan tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah.

Selain itu juga pemain-pemain Penang perlu bijak dalam mengambil kesempatan kekurangan yang ada pada Johor DT terutama di bahagian pertahanan tengah sekiranya Mauricio tidak diturunkan.

Pemain-pemain tengah Penang perlu mengunakan kelebihan yang ada pada Casagrande terutama ketinggian yang dimilikinya.

Kerap melakukan hantaran-hantaran lintang tepat ke bahagian benteng tengah Johor DT kerana mereka tidak mempunyai pemain pertahanan tempatan setinggi Casagrande.

JDT MAMPU HUKUM LAWAN SAAT AKHIR - SOMERVILLE Penjaga gol Penang FC, Samuel Somerville menganggap Johor Darul Ta’zim...

Posted by Malaysian Football League on Friday, May 7, 2021


Endrick dan David Rowley juga perlu kerap melakukan hantaran lolos di belakang pertahanan tengah Johor DT supaya Casagrande juga boleh menggunakan kepantasannya untuk memintas dan mencari peluang untuk melakukan jaringan.

Inilah masa terbaik Penang untuk membalas dendam atas kekalahan pusingan pertama melalui kelebihan yang dimiliki itu.