Tarikh 22 Mac 2024 tarikh yang cukup padat untuk Astro Arena. Boss dah remind, kita ada breaking news untuk undian Piala Thomas dan Piala Uber.

Kemudiannya back-to-back dengan Nadi Arena di mana tarikh ini juga debut untuk Fariha Razak bergelar penyampai berita Nadi Arena 7.30 malam.

Tapi paling signifikannya pasti temubual eksklusif bersama Datuk Mike Mahen kerana pada tarikh yang sama, mengumumkan persaraannya pada sebelah pagi. Berbual bicara dengan Mr Universe 6 kali ini cukup berbeza dengan perbualan sebelum-sebelum ini. Sebelum ini, topik kebiasaannya ke arah persiapan sebelum pertandingan, ataupun pasca kemenangan sesuatu kejohanan. Personalitinya kerapkali humble, tenang dan sentiasa memberikan inspirasi.

Tapi kali ini cukup berbeza. Beliau datang dengan aura yang lain.

The moment kami memulakan perbicaraan menyentuh tentang pengumuman persaraannya, air mata beliau terus mengalir.

Dayang dan Fariha juga tak boleh menahan sebak. Ini dia, our big and strong Mike Mahen.. mengalirkan air mata di depan kamera tanpa berselindung.

Kami pun tak boleh kawal emosi, turut mengalirkan air mata sekali.

Ye lah, hampir keseluruhan hidupnya didedikasikan kepada sukan bina badan, tapi perjalanan itu kini menemui titik noktah atas sebab usia dan kecederaan berulang.




Beliau mengakhiri perbualan di studio dengan ucapan kepada semua penyokong nya selama ini; “Saya Mike Mahen, BEKAS atlit bina badan Malaysia.. ingin ucapkan terima kasih kepada anda semua.”

Kami seluruh Malaysia juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada anda, Mike Mahen. We will miss you, and we can’t wait to see you as a coach!