Kemenangan Manchester United di Stadium Elland Road menewaskan pasukan tuan rumah Leeds Uniteds semalam membawa keceriaan yang sungguh bermakna kepada peminat The Red Devils apabila dua pemain muda kelahiran dari akademi mereka telah mencipta jaringan dan kemenangan ke empat belas musim ini iaitu Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho. Ini juga membayangkan bagaimana kebangkitan yang akan dijelmakan The Red Devils dalam masa beberapa tahun akan datang.

Kehadiran ramai pemain-pemain muda dari akademi The Red Devils didalam skuad utama mereka ini juga seperti di zaman kegemilangan Man United di era 90an semasa dikendalikan oleh Sir Alex Ferguson, dimana ramai pemain-pemain muda dari akademi diketengahkan seperti Ryan Giggs, Paul Scholes, Gary Neville, Phil Neville, Nicky Butt, John O’shea dan ramai lagi. Kehadiran mereka ini telah membawa kejayaan yang luar biasa dengan menjulang Liga Perdana beberapa musim berturut-turut dan paling manis apabila berjaya menjulang Piala Liga Juara-juara Eropah pada musim 1998-1999 menewaskan Bayern Munich juga diminit-minit akhir.

Apa yang boleh disamakan dengan perlawanan Man United semalam dan pada perlawanan akhir di Liga Juara-juara Eropah musim 1998-1999 adalah semangat juang yang tinggi untuk mencipta kemenangan selagi tiupan wisel penamat daripada pengadil tidak dibunyikan. Inilah karektor yang dimiliki anak didik Erik Ten Hag pada ketika ini terutama pemain-pemain muda mereka yang boleh dibanggakan ketika ini. Ketajaman melakukan penyudah dan ketenangan diri didalam kawasan penalti serta skil individu yang tinggi dan kepantasan yang dimiliki Rashford itu membuatkan dirinya sebagai seorang penyerang yang digeruni masa ini.

Jika prestasi pemain-pemain The Red Devils ini kekal konsisten dan berjaya mengikut setiap perancangan di buat oleh pengendali mereka tidak mustahil anak didik Ten Hag ini mampu menjadi pesaing kepada The Gunners untuk memburu kejuaraan Liga Perdana pada musim ini kerana perjalanan liga masih lagi panjang. Dimana pasukan kejurulatihan Man United perlu bijak menggunakan kekuatan yang ada pada pemain sayap mereka untuk terus menekan lawan mereka dan itu yang telah dibuktikan pada pertemuan dengan anak didik Michael Skubala di Elland Road.