Selepas menerima kritikan atas persembahan kurang memberansangkan pasukan negara pada perlawanan pertama menentang Kemboja di kejohanan Piala AFF 2020 tetapi ia tidak mematahkan semangat Tan Cheng Hoe untuk mempersiapkan kesebelasan utamanya ketika berhadapan Laos.

Dengan membuat sedikit rombakkan di bahagian serangan telah menampakkan kesegarannya apabila meletakkan dua pemain muda Luqman Hakim dan pemain paling bernilai dalam Liga Malaysia iaitu Arif Aiman.

Khadiran dua pemain itu telah menampakkan kesegeraan dalam corak serangan apabila Luqman sering membuka larian untuk memudahkan pemain midfield melakukan hantaran kehadapan dengan banyak pilihan. Ini juga memberi ruanng kepada Safawi Rasid dan Arif Aiman untuk meloloskan diri mereka untuk masuk kedalam kawasan yang ditinggalkan pemain penyerang. Lihat sahaja bagaimana kombinasi 3 pemain itu berjaya memberi jaringan pertama Malaysia melalui Safawi.

Apa yang lebih penting ketika ini anak didik Cheng Hoe sudah mula menunjuk keyakinan serta persefahman yang baik walaupun masih ada sedikit ruang yang perlu diperbaiki terutama dalam aspek bertahan secara berpasukan terutama dalam menghalang transisi pantas lawan ketika melakukan serangan balas dan ketika menyerang pemain-pemain midfield perlu cepat memberi sokongan di dalam kawasan penalti kepada pemain penyerang terutamanya pemain midfield kiri dan kanan.

Dua elemen ini perlu di tambah baik oleh Cheng Hoe sebelum berhadapan dengan Vietnam nanti. Sekiranya ini dapat diatasi tidak mustahil untuk pemain-pemain Malaysia meraih kemenangan memandangkan mereka berada pada emosi dan semangat yang tinggi. Pemain-pemain Harimau Malaya perlu terus memberi sokongan di antara mereka walaupun ada gangguan kiritikan dari luar, di mana mereka tidak perlu memikirkannya kerana itu hanya segelintir sahaja dari kalangan penyokong sahaja. Sekiranya mereka berjaya mengikat atau memawan Vietnam maka hilanglah semua kritikan itu tadi.