Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Kekecewaan itu amat dirasai oleh semua pemain-pemain muda negara apabila hajat yang mereka untuk kongsikan hadiah kemenangan itu kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kesampaian setelah tewas kepada Indonesia bawah 23 melalui sepakkan penalti.



Walaupun ini satu kenangan pahit kepada pemain-pemain muda negara tetapi mereka juga perlu berbangga dengan diri mereka dengan pencapaian ini. Mereka telah memberikan yang terbaik untuk Malaysia sepanjang temasya sukan SEA Vietnam ini dengan memberikan satu nafas baru dalam corak permainan. Dengan kekecewaan ini pasti akan menambah keyakinan kepada pemain muda negara untuk bangkit dengan lebih gagah lagi semasa pusingan akhir piala AFC bawah 23 yang akan berlangsung tidak lama lagi.



Mereka perlu percaya dengan kemampuan diri untuk bangkit dan sterusnya membalas kembali apa yang mereka telah lalui untuk mengembirakan kembali diri sendiri dan rakyat Malaysia khusunya. Dari segi persembahan mereka semalam pada pandangan penulis langsung tidak mengecewakan kerana mereka telah menunjukkan satu permainan yang berkualiti dan menunjukkan karektor mereka sebenar dengan mentaliti kemenangan.



Anak didik Brad Maloney telah mempamirkan kemampuan mereka dengan bermain secara menyerang dengan positifnya dimana mereka telah berjaya menguasai permainan dengan baik sekali terutama dengan mengayakan bola sepak Malaysia. Inilah permulaan generasi masa depan bola sepak Malaysia kerana mereka berjaya merubah minda peminat-peminat untuk terus menyokong apa yang telah mereka wujudkan terutama dalam mengayakan falsafah dan DNA bola sepak Malaysia yang telah diilhamkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MSN melalui Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).