Setelah setahun Lim Teong Kim meninggalkan Malaysia akhirnya beliau mendedahkan perkara sebenar apa yang berlaku didalam pengurusan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) semasa beliau menjawat jawatan selaku Pengarah Projek NFDP didalam satu program bual bicara secara online yang dikendalikan oleh peminat tempatan. Dimana beliau menyatakan segala urusan kerjanya sering diganggu (campur tangan) oleh pengurusan NFDP ketika itu. Ini merupakan satu berita yang mengejutkan seluruh pencinta bola sepak Malaysia saat ini kerana semua sudah tahu bahawa hubungan Teong Kim bersama pengurusan lama NFDP begitu akrab sekali.

Kenapa sekarang baru Teong Kim ingin dedahkan? Apakah sudah sampai masanya rakyat Malaysia perlu tahu cerita sebenar apa yang terjadi? atau Apakah Teong Kim sudah terhidu akan inginnya kembali mereka yang dimaksudkan itu didalam NFDP?. Inilah persoalan-persoalan yang bermain didalam minda pencinta bola sepak negara ketika ini. Namun bagi penulis sebagai seorang yang professional,Teong Kim berhak untuk mendedahkan perkara sebenar apa yang terjadi supaya ia diketahui oleh semua lapisan masyarakat bola sepak Malaysia dan sudah tentu ia tidak mahu perkara ini berulang lagi pada masa hadapan. Ini juga merupakan satu signal kepada Menteri Belia dan Sukan ketika ini iaitu Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa PEMANDU NFDP yang baru.

Selaku Pengerusi JK PEMANDU NFDP Reezal Merican perlu mengambil tahu apa yang telah didedahkan oleh Teong Kim itu. Dimana beliau perlu mengambil serious dan perlu mendapatkan gambaran sebenar apa yang terjadi ketika itu daripada kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) selepas MSN mengambil kembali NFDP supaya perjalanan pengurusan NFDP dibawahnya kembali berjalan lancar. Inilah masanya Reezal Merican sebagai Menteri yang bertanggugjawab dalam NFDP perlu memperbetulkan kembali kepincangan yang berlaku ketika itu supaya hala tuju NFDP kembali ke landasannya.

NFDP adalah merupakan harapan rakyat Malaysia untuk melihat kembali ramai pemain-pemain bola sepak yang berkualiti tinggi dilahirkan terutama pelatih-pelatih yang berada di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan seterusnya mengangkat kembali martabat bola sepak negara. Saat inilah kebijaksanaan dan ketulusan Reezal Marican sedang dilihat oleh pemerhati bola sepak negara agar apa keputusan dan tindakannya itu nanti mendatangkan keuntungan pada semua pihak terutamanya kepada pemegang taruh yang terlibat dalam NFDP ini.