Ketika seluruh rakyat Malaysia memberikan tumpuan pada kejohanan Eropah yang sedang berlangsung ketika ini namun bagi pencinta bola sepak tempatan pula mereka memberi perhatian pada pasukan Johor Darul Ta’zim yang memulakan saingan Kumpulan G Liga Juara-juara AFC di Bangkok, Thailand. Pertemuan dengan Nagoya Grampus telah menarik perhatian semua peminat-peminat bola sepak negara untuk melihat sendiri kemampuan JDT bersaing dengan kelab dari Jepun itu kerana ia merupakan sebuah kelab yang terbaik di Liga J. Berdasarkan prestasi JDT bertemu Nagoya semalam ia boleh dikatakan amat membanggakan walaupun tewas.

Melihat dari prestasi setiap pemain-pemain JDT semalam sungguh baik kerana mereka mampu memberi saingan pada pasukan yang mempunyai lebih pengalaman. Apa yang menarik perhatian penulis dalam pertemuan semalam itu bagaimana pemain muda JDT terutama Arif Aiman Hanapi dapat menyesuaikan diri dan dapat memberikan aksi yang konsisten sepanjang beliau bermain. Sebagai pemain yang berusia 19 tahun beliau tidak tertekan walaupun ia merupakan kali pertama beraksi di pentas Liga Juara-juara AFC.

Bermain di posisi no 11 (sayap kiri) bukan satu tugas yang mudah kerana peranan yang dimainkan amat berat, dimana posisi itu adalah merupakan sebahagian jentera utama dalam merencanakan gerakan dalam memburu jaringan. Apa yang menarik tentang diri Arif Aiman ini karektor beliau yang tenang selain mempunyai keupayaan teknik dan skil individu yang baik. Lihat bagaimana beliau beberapa kali berjaya memperdayakan pertahanan Nagoya semasa situasi satu lawan satu. Itulah salah satu kelebihan yang dimiliki Arif Amin.

Beliau juga mempunyai keupayaan menggunakan kedua-dua belah kaki untuk melakukan sepakan dengan baik. Selain sentiasa positif dalam serangan Arif Aiman juga bagus ketika bertahan dengan keupayaan itu juga dapat membantu JDT ketika bertahan. Dengan kelebihan yang dimiliki itu sebenarnya telah menambah keyakinan diri Arif Aiman dalam membuat keputusan untuk beri yang terbaik setiap perlawan walaupun bermain di peringkat lebih tinggi dan mencabar. Itulah yang membuatkan Arif Aiman selamba sahaja bila bermain dalam Liga Juara-juara AFC bersama JDT.


*Kredit foto" Johor Southern Tigers