Apabila tamat sahaja pusingan kedua peringkat suku akhir Piala Malaysia tempoh hari sudah mula kedengaran daripada kalangan peminat-peminat bola sepak tanah air tentang tag line dari selatan iaitu “This is Selatan”.

Tag line ini mula terpacul dari bibir peminat-peminat setelah dua pasukan dari selatan tanah air iaitu Melaka FC dan Johor Darul Ta’zim layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim ini. Jika sebelum ini kita sering dengar tag line “This is Pantai Timur” apabila pasukan-pasukan dari pantai timur seperti Kelantan,Pahang dan Terengganu menguasai sesuatu kejohanan terutama dalam saingan Piala Malaysia.

Ini menunjukkan bahawa kelab-kelab dari selatan itu l telah menunjukkan kebangkitan mereka dalam arena bola sepak Malaysia melainkan Johor Darul Ta’zim yang telah mula bangkit semenjak 2012 apabila dijenamakan semula oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Semenjak dari perubahan itu pasukan-pasukan dari selatan seperti Melaka mula melakukan penjenamaan dengan membuat perubahan dan keberanian dengan membawa masuk pemain-pemain tempatan bertaraf bintang bersama-sama mereka.

Akhirnya dengan berkat kesabaran dan usaha yang dilakukan pihak pengurusan Melaka itu ia telah membuahkan hasil apabila Melaka layak ke peringkat separuh akhir setelah berdekat lamanya. Dengan penjenamaan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan itu ia amat penting kerana ia akan menentukan nilai kormesial sesebuah pasukan itu selain untuk menarik minat peminat-peminat mereka terus hadir ke stadium dan memberi sokongan pada setiap aktiviti yang dilakukan kelab seperti membeli jersi pasukan dan produk-produk cenderahati yang dikeluarkan kelab.

Bukan itu sahaja dengan sokongan peminat-peminat yang terus berada dibelakang kelab itu juga akan dapat membantu pengurusan kelab untuk mencari dana melalui penaja-penaja. Lihat sahaja bagaimana JDT mengunakan kekutan jenamanya melalui kejayaan-kejayaan yang dimiliki itu untuk menarik penaja-penaja tempatan dan antarabangsa bersama kelab mereka. Ini satu keuntungan besar pada kelab itu sendiri sekirannya pengurusan mereka bijak mengunakan peluang yang ada itu untuk membawa kejayaan pada kelab. Gunakanlah tag line “This is Selatan” itu sebaik mungkin jika ia membawa kebaikkan pada pasukan-pasukan dari selatan itu dan ia akan membawa kekuatan juga pada Negeri Sembilan pada masa hadapan untuk terus bangkit dalam arena bola sepak tanah air kerana Negeri Sembilan juga terletak di sebelah selatan.