Seperti mana yang telah dikatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM) dan pentadbir Liga Bola Sepak Malaysia, (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin, dua badan induk ini bakal memutuskan hala tuju saingan Liga M musim 2020 pada minggu ini.

Dalam temubual eksklusif Hamidin bersama Nadi Arena sebelum ini, dia menyatakan MFL dan FAM telah mempunyai beberapa pilihan dalam menentukan status liga musim ini selepas mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Dunia (FIFA) dalam usaha mengelak sebarang masalah dimasa hadapan.

Dalam masa sama, keputusan yang perlu dibuat oleh mereka perlu selaras dengan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang menerangkan supaya rakyat menjaga jarak sosial dalam tempoh enam bulan ke setahun akan datang.

Jadi, antara pilihan yang dikatakan oleh Hamidin adalah meneruskan perlawanan tanpa penyokong selain mengucapkan selamat tinggal kepada Liga M 2020 menjadi jalan penyelesaian terakhir.

Kami di Nadi Arena telah mendapatkan beberapa reaksi daripada setiap persatuan bola sepak dan kelab, kebanyakan mereka mahu meneruskan saingan tanpa penyokong selain hanya pasukan Liga Super, PDRM, Sabah mahupun pasukan Liga Perdana, Kelantan, Kelantan United, Sarawak United, Kuching FA yang mengharapkan liga dibatalkan.

Jika liga dibatalkan, jelas ia akan memberi kesan kepada kontrak barisan pegawai, jurulatih dan pemain, apatah lagi terhadap pasukan yang dibelenggu masalah pembayaran gaji, isu pemotongan gaji ketika liga tidak dapat dijalankan ekoran wabak pendemik Covid-19 sejak 16 Mac lalu, kini berdepan masalah kontrak pula.

Contohnya, pasukan The Red Warrior. Apabila ditanya kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman, dia menjelaskan jika liga dibatalkan sekali gus memberi kesan kepada kontrak, pihak persatuan akan membuat rundingan serta perbincangan bersama pegawai dan pemain kalau perkara itu meletakkan mereka dalam situasi sukar untuk memberi bayaran ex gratia atau pampasan.

Husin akui kelabnya lebih mementingkan aksi dengan penyokong kerana mereka bergantung pendapatan daripada pembelian tiket berbanding dengan penajaan.

Menurut Ketua jurulatih Selangor pula, B. Satianathan anggap tajaan kelab adalah sumber pendapatan pasukan tersebut sekali gus berpendapat untuk meneruskan baki perlawanan biarpun tiada pemain ke-12.

Pendapat itu disokong oleh pengurus pasukan Selangor, Mahfizul Rusydin juga menginginkan Liga M disambung kerana saingan baru bermula dengan empat perlawanan, sambil menyuarakan cadangan untuk mengorbankan Piala Malaysia atas faktor kesuntukan masa.

“Mungkin boleh teruskan liga untuk mempunyai juara musim ini, dan mengadakan Piala FA kerana ia adalah slot ke saingan ACL dan AFC.”

Apa-apa pun kita tunggu keputusan yang dikeluarkan oleh MFL dan FAM nanti.

Ini antara reaksi peminat bolasepak negara yang memberi pendapat mereka di laman sosial Twitter: