Hampir 20 gadis berusia sekitar 13 hingga 15 tahun yang terpilih mewakili Malaysia ke saingan Kejohanan Jemputan ICU World Cheerleading Championship di Orlando, Amerika Syarikat pada April nanti memenuhi set studio Nadi Weekend pada Ahad malam lalu.

Berkongsi secara rapat ialah wakil pasukan merangkap ketua skuad, Eva Marissa, ketua bersama, Lee E Nin, serta pengurus pasukan, Gan Becky.

Eva dan E Nin merupakan antara lima peserta yang menyertai kejohanan sama tahun lalu selain muka baru yang dipertaruhkan untuk capai indeks prestasi utama (KPI) mengakhiri saingan di kelompok tiga terbaik.

Menurut Becky, persiapan secara intensif sudah pun dilakukan sejak Julai tahun lalu walaupun masing - masing dengan komitmen persekolahan, sekali gus menjadikan mereka begitu teruja untuk menghadapi saingan ini.

Apa yang pasti atlet muda ini semestinya mahu membuktikan sesuatu atas pengorbanan yang dilakukan kedua ibu bapa mereka dalam membantu merialisasikan impian mereka untuk bergelar juara di Amerika Syarikat!

Dan sebagai hos yang menyaksikan tenaga dan semangat tinggi yang ditunjukkan mereka saya pasti ia akan membuahkan hasil.