Selepas sembilan tahun tidak menyiarkan siaran langsung Liga Malaysia di Astro kini saat yang dinantikan telah tiba apabila pengurusan Malaysia Football League (MFL) telah memgumumkan secara rasmi Astro sebagai rakan penyiar rasmi Liga Bolasepak Malaysia bagi musim 2023.

Ini sudah pasti akan menambahkan kemeriahan liga kita selepas ia agak lama suram dan sudah pasti kehadiran Astro akan memberi impak yang luar biasa serta dapat membantu MFL meningkatkan jenama dan nilai komersial Liga Malaysia yang akan memberi keuntungan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

Ini telah dibuktikan oleh Astro bermula dari tahun 2010 sehingga 2014 apabila berjaya menarik ramai peminat-peminat untuk hadir ke stadium walaupun siaran langsung dibawakan melalui Astro Arena 801. Walaupun siaran langsung di bawa ketika itu tidak menyeluruh pada setiap perlawanan tetapi ia masih membawa kemeriahan liga bola sepak negara kita. Ia terbukti dan menjadi kenangan kepada penulis pada tahun 2013 pada peringkat separuh akhir Piala FA pertemuan di antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim apabila perlawanan terpaksa ditangguhkan oleh komisioner perlawanan pada ketika Datuk Ahmad Fuad Daud akibat penyokong memenuhi Stadium Darul Makmur sehigga berlebihan ke kawasan trek dan rusuhan kecil berlaku.

Bukan itu sahaja perang psikologi juga sering berlaku di media-media sosial membabitkan penyokong-penyokong fanatik setiap pasukan dan ini sudah tentu akan menarik minat mereka untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada perlawanan itu nanti selain mampu menarik penyokong-penyokong baru untuk hadir ke stadium. Kenapa ini semua boleh berlaku dan membuat setiap perlawanan itu hidup untuk diikuti terutama siaran langsung yang di bawa Astro itu kerana ia disebabkan pihak produksi Astro Arena bijak dalam menyusun startegi pemasaran dan promosi-promosi melalui topik-topik yang disedia produser bagi menarik peminat-peminat untuk terus mengikuti perkembangan terkini melalui program-program majalah terbitan Astro Arena yang konsisten setiap minggu seperti Bola@Mamak,Sorakan12,Arena Bola,Nadi Arena,Formasi dan Grandstand Ahad selain media sosial Astro khususnya Astro Arena.

Lebih menguntungkan penyokong-penyokong bola sepak tanah air pada tahun ini sebenarnya apabila Astro menayangkan perlawanan yang lebih komprehensif dan berkualiti tinggi dari segi produksi terutama dari segi grafik serta paparan definisi tinggi (HD) di saluran 801 dan 802. Dengan itu juga ia berjaya membantu pengurusan MFL untuk mengawal produknya dan jenama Liga Malaysia untuk kekal berkualiti supaya dapat terus menarik pelabur-pelabur terutama penaja. Kobelarasi di antara Astro dan MFL kali ini pasti akan membawa dimensi baru dan seterusnya dapat membantu memajukan bola sepak negara selain akan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia Madani untuk kekalkan perpaduan melalui bola sepak sebagaimana meriahnya setiap ruang rumah dan kedai-kedai mamak.