Kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA) ketika ini ibarat “Diluah Mati Emak,Ditelan Mati Bapa” kerana ketika ini KAFA agak sukar menagani masalah kewangan yang mereka hadapi.

Walaupun Presiden KAFA bersilih ganti,penaja datang dan pergi, namun ia masih tidak dapat merubah nasib Pahlawan Merah yang bakal rebah sekiranya tidak ditangani dengan baik. Pemotongan tiga mata oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap Kelantan di atas kegagalan melunaskan tunggakkan gaji mengikut jadual itu akan terus menambah nasib malang Pahlawan Merah dan terus memberi tekanan kepada pengurusan KAFA untuk menagani kemelut yang mereka hadapi itu.

Sudah tentulah dengan pemotongan mata itu akan menjelmakan rasa kebimbangan dan kecewa dikalangan penyokong setia Kelantan ke atas nasib pasukan kesayangan mereka. Apatah lagi kepada pemain-pemain dan pasukan kejurulatihan pasukan Kelantan, sudah tentulah semangat dan moral mereka sedikit terganggu untuk menghadapi baki saingan Liga Premier musim ini. Dengan hanya mengutip empat mata dari tiga perlawanan dan menduduki tangga ke tujuh dari dua belas pasukan itu akan lebih memeritkan lagi perjalanan Kelantan untuk kekal dalam saingan Liga Premier tahun hadapan apbila format liga diubah disebabkan COVID-19.

Penulis rasa simpati dengan apa yang sedang berlaku ke atas pasukan Kelantan ketika ini kerana semua peminat bola sepak Malaysia tahu bahawa Kelantan adalah sebuah pasukan yang digeruni suatu masa lalu dengan pelbagai kejuaraan yang di capai selain mampu melahirkan pemain-pemain berbakat dan bertaraf antarabangsa. Inilah pengajaran yang dapat di pelajari oleh semua lapisan masyarakat bola sepak di negara kita terutamanya kepada pemimpin-pemimpin bola sepak, sekiranya mereka tidak dapat menjalankan amanah dengan baik ia akan mendatangkan kemudaratan kepada ramai pihak dan lebih malang sekali apabila bola sepak dijadikan gelanggang politik mereka. Inilah yang berlaku di KAFA sebelum ini dimana wujudnya dua kumpulan yang datang dari dua idealogi politik yang berbeza merebut jawatan untuk kepentingan peribadi dan akhirnya sukan bola sepak itu menjadi mangsa.

Namun penulis masih lagi optimis dengan kemampuan pemimpin-pemimpin di Kelantan begitu juga kepada rakyat Kelantan yang begitu tebal semangat kenegerian mereka dan dengan semangat itulah penulis mengharapkan ada sinar baru yang dapat menyelamatkan pasukan Kelantan ini terus ada dalam rada bola sepak Malaysia. Kepada jutawan-jutawan Kelantan bantulah pasukan kesayangan rakyat Kelantan ini supaya terus berdiri megah mengibar bedera Kelantan ke seluruh pelusuk Negara selain dapat membantu anak-anak bola sepak Kelantan. Selamat maju jaya penulis ucapkan kepada pemain-pemain Kelantan aggaplah apa yang berlaku ini pemangkin untuk terus bangkit melawan sebagai Pahlawan Merah.