Apabila tewas di tangan Terengganu minggu lalu dalam saingan Liga Super sudah tentu Kedah ingin kembali bangkit untuk mencipta kemenangan dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

Pertemuan menentang Sarawak United adalah merupakan medan terbaik untuk Sang Kenari bangkit untuk mencari kemenangan dan seterus kembali membina keyakinan. Ketumpulan bahagian serangan menjadi egoan dan halangan utama anak didik Aidil Sharin, ini boleh dilihat dari rentetan peluang yang dimiliki Sang Kenari ketika berhadapan dengan Terengganu minggu lalu.

Ia boleh dinilai dari 14 jaringan yang diperolehi Kedah ketika ini dari 10 perlawanan yang mereka lalui. Ini tugas mencabar bagi pemain-pemain Kedah terutama pemain import mereka yang dipertanggugjawabkan untuk membantu pemain-pemain tempatan dalam meningkatkan prestasi dan melonjakkan prestasi Kedah musim ini. Pemain-pemain import ini perlu membimbing dan menjadi contoh terbaik bagi meningkatkan keyakinan diri mereka. Sekiranya masalah ini dapat di atasi segera tidak mustahil Sang Kenari boleh mengatasi Sarawak United.

Sementara itu penulis juga melihat Sang Kenari memerlukan seorang jeneral padang atau ikon yang boleh menjadi pemangkin semangat kepada pemain-pemain muda kerana setelah ketiadaan Rizal Ghazali dan Badrol Baktiar terutama yang berhijrah ke Sabah telah membuatkan pemain-pemain hilang arah. Tidak ada dorongan yang boleh menggekalkan konsentarsi dan terus meningkatkan semangat untuk berjuang ketitisan terakhir. Ini mungkin perlu dilihat Aidil Sharin kerana ketika ini pemain-pemainnya memerlukan nakhoda di atas padang.

Sekiranya perkara ini dapat dikendalikan Aidil Sharin dengan cepat pasti ia akan memberi satu impak yang besar pada Sang Kenari terutama ketika bertemu Sarawak United nanti. Dengan cara ini ia boleh memperbaiki prestasi anak-anak didik Aidil dan seterus memperbaiki kedudukan Kedah nanti.Lihat sahaja bagaimana impak yang di bawa Badrol Bakhtiar di Sabah pada musim ini, dengan reputasi yang dimiliki serta aura yang dimiliki itu telah memdatangkan rasa hormat daripada rakan-rakan sepasukan dan telah mengangkat martabat bola sepak negeri di bawah bayu itu.