Selepas berjaya menundukkan Sarawak United dengan jumlah jaringan yang besar peminat-peminat bola sepak tanah air mengharapkan agar Selangor dapat memberi pengajaran yang sama pada Johor Darul Ta’zim namun ia tidak menjadi kenyataan sebaliknya The Red Giant itu di ratah Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim.

Walaupun JDT baru beraksi buat pertama kali selepas liga bersambung namun pemain-pemainnya telah menunjukkan satu permainan yang berkualiti tinggi terutama dalam keinginan untuk menggekalkan kedudukan kejuaraan mereka.

Lihat sahaja bagaimana permainan yang dipamirkan JDT sejak permulaan yang begitu agresif dan mengikut falsafah dan identiti bola sepak Harimau Selatan. Kombinasi Bergson de Silva, Leandro dan Forestieri begitu menjadi sekali. Mereka bagaikan isi dengan kulit yang tidak boleh dipisahkan apabila setiap gerakkan mereka akan membuatkan pertahanan lawan tertekan. Itu dibuktikan dengan jaringan-jaringan yang mereka lakukan ketika membunuh gerak tari yang cuba diwujudkan Michael Feichtenbeiner.

Kesilapan pemain-pemain Red Giants apabila terlalu memberi ruang dan membiarkan mereka membuat keputusan tepat. Lihat bagaimana jaringan pertama dan kedua JDT apabila pertahanan Red Giants terlalu kebawah sehingga memberi ruang untuk membuat keputusan sepatutnya pemain-pemain pertahanan perlu bijak berfikir bagaimana untuk mematikan gerakkan mereka seperti berfikir apa yang telah ada dalam pemikiran mereka itu terutama dalam pergerakkan taktikal JDT. Pertahanan Red Giants perlu cepat untuk menghampiri dan mematikan setiap langkah pemain-pemain JDT. Dimana mereka perlu lebih berani mengambil risiko dalam membuat keputusan dalam membaca permainan lawan.

Walaupun ia nampak sukar tetapi itulah yang perlu difikirkan oleh setiap pemian apabila berhadapan dengan pasukan JDT yang rata-rata pemain mereka mempunyai keupayaan teknikal serta bijak dalam membuat keputusan tepat. Inilah yang membezakan di antara Harimau Selatan dan Red Giants semalam. Dimana JDT percaya dan yakin dengan falsafah bola sepak mereka sebaliknya Red Giants agak tenggelam kerana mereka tidak tahu kelebihan kekuatan yang mereka ada. Sekiranya diamati Red Giants juga mempunyai pemain-pemain yang memiliki keupayaan teknikal yang baik dan itu yang menampakkan Selangor bukan tandingan JDT sebenarnya.