Apabila berjaya mengekalkan kemenangan selepas berhadapan Sabah semalam Johor Darul Ta’zim semakin hampir untuk menjulang Liga Super buat kali kelapan berturut-turut.

Ini merupakan satu lagi sejarah bakal di cipta JDT apabila Liga Super musim ini hampir ke penghujungnya. Berbaki lagi 4 perlawanan sudah pasti JDT tidak mahu melepaskannya. Dalam keadaan sebegini sudah tentu ia akan menyemarakkan lagi api semangat pemain-pemain JDT untuk melaksanakannya.

Lihat dari perbezaan mata Terengganu yang kini menduduki tempat kedua dan jumlah baki perlawanan itu agak sukar bagi Terengganu untuk memintas JDT kerana perbezaan mata yang agak jauh. JDT hanya memerlukan 2 kemenangan sahaja lagi dari 4 baki perlawanan yang akan dilalui. Ini sudah tentu akan menjadikan tonik utama kepada pemain-pemain JDT untuk terus fokus dan memberikan aksi terbaik mereka pada setiap perlawanan. Di tambah pula dengan kedudukan Bergson de Silva yang ketika ini mengungguli penjaring terbanyak Liga Super.

Dengan kedudukan Bergson sebagai penjaring terbanyak ketika ini itu sudah tentu akan memberi kekuatan emosi kepada dirinya untuk terus menjadi senjata utama JDT dan pemusnah pada pasukan lawannya. Dari kedudukan Bergson sebagai penjaring terbanyak itu juga akan menggeratkan lagi hubungan emosi bersama rakan-rakan untuk terus berkerjasama dalam memburu impian bersama untuk mencipta sejarah bagi JDT.

Ini pernah dinyatakan pemilik JDT Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa kekuatan JDT ada pada semangat berpasukan dan kekeluargaan yang diterapkan kelab JDT itu walaupun pemain-pemain datang dan pergi. Itulah kekuatan yang ada pada JDT dimana ia agak sukar untuk diputuskan ketika ini kerana JDT sebuah kelab yang mempunyai segala-galanya dalam menjaga kebajikan pemain-pemainnya dan dengan semangat itulah juga membuatkan JDT sentiasa dahagakan kejayaan.