Pertemuan dengan Singapura pada minggu pertama tahun baru merupakan perlawanan yang amat penting bagi Harimau Malaya kerana dengan hanya kemenangan sahaja akan memastikan anak didik Kim Pan Gon akan ke separuh akhir. Ini berdasarkan statistik dalam Kumpulan B dimana skuad negara akan bersaing dengan Singapura dan Vietnam untuk merebut slot tempat kerana ketika ini mengumpul mata yang sama namun kurang satu perlawanan dari Harimau Malaya.

Keputusan seri di anatara pasukan Temasek dan Vietnam itu telah menunjukkan satu tugas yang sukar untuk Harimau Malaya menempah salah satu slot ke separuh akhir kerana anak buah Takayuki Nishigaya telah mendahului dengan satu mata. Ini sudah tentu akan memberi sedikit tekanan pada Malaysia nanti. Tetapi ia bukan satu perkara yang mustahil apa yang pasti kelebihan masih lagi milik Harimau Malaya apabila berhadapan dengan The Lions di laman sendiri dan ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh Kim Pan Gon.

Dari tiga perlawana yang dilalui Harimau Malaya ia telah menunjukkan kelebihan pada skuad negara itu terutama dari segi penyudah kerana gandingan pemain midfield dan penyerang telah membukti bahawa mereka mampu mengalas tugas untuk membenam Singapura nanti. Dengan rehat dan masa yang ada sebenarnya sudah cukup untuk Kim Pan Gon memperbaiki kelemahan dan merubah strategi berdasarkan kekuatan dan kelemahan lawan. Sementara kepada pemain dalam masa yang ada ini masih ada masa untuk menilai setiap posisi pasukan lawan supaya mereka dapat mengatasinya nanti.

Apabila bermain di laman sendiri pemain-pemain Harimau Malaya perlu mengunakan kesempatan ini untuk mengatasi Singapura kerana mereka akan berhadapan dengan sorakan daripada penyokong-penyokong Ultras Malaya yang sentiasa mengamatkan suasana perlawanan. Diharapkan juga dengan situasi ini ia tidak memberi tekanan yang terlalu berat untuk anak didik Kim Pan Gon memikirkannya sebaliknya perlu terus fokus dan yakin dengan kemampuan diri kerana inilah masanya pemain-pemain yang baru pertama kali menyahut seruan skuad Harimau Malaya untuk buktikan yang mereka bukan pemain tempelan.