Bekas pemain Manchester United dan pertahanan Perancis, Mikael Silvestre, telah mempersoalkan apakah Paul Pogba benar-benar mempunyai apa yang diperlukan untuk memberikan impak dalam Euro 2020 musim panas ini.

Kami sering melihat Pogba mempamerkan aksi terbaik ketika dia bermain untuk negaranya, namun pemain berusia 28 tahun itu gagal melakukannya ketika menyarung jersi United.

Silvestre merupakan penyokong United dan skuad kebangsaan Perancis, tetapi dia berkata memiliki persoalan jika dia benar-benar mampu kekal konsiten dan melakukan secukupnya untuk membantu Les Bleus menjulang Kejuaraan Eropah.

Ini kelihatan agak keras buat Pogba memandangkan peranan utamanya untuk Perancis ketika mereka memenangi Piala Dunia 2018, dengan bekas pemain Juventus itu menjaringkan gol dalam aksi final mengatasi Croatia.



Namun, nampaknya Silvestre ingin melihat aksi konsisten yang lebih kerap daripada Pogba menjelang saingan pusingan 16 Euro 2020.

Silvestre berkata "Masalah dengan Paul Pogba adalah konsistensi. Ketika dia berada di puncak permainan ini, tahap permainannya sangat baik, tetapi dia sukar untuk mengulanginya perlawanan demi perlawanan.

"Saya melihatnya dia adalah pemain kelas dunia, dia pasti mempunyai kemahiran bertaraf dunia. Persoalannya, bolehkah dia mengulanginya setiap tiga hari? Saya tidak pasti dia boleh. Dia tidak berjaya melakukan bersama United, saya juga tidak pasti dia boleh melakukannya untuk Perancis.

"Saya sentiasa gembira melihatnya beraksi untuk kelab atau negara, kerana dia tidak bernasib baik kerana kecederaan. Apa yang mengecewakan adalah bahawa kita tidak melihatnya beraksi di tahap tahapnya secara berterusan. Saya tidak tahu sama ada melibatkan psikologi atau fizikal.

"Saya penyokong United dan penyokong Perancis, jadi saya selalu berharap bahawa siapa pun yang dia wakili, kami melihat yang terbaik daripada Pogba, kerana kami melihat aksinya bertemu Jerman merupakan antara yang terbaik."