Ketika ini semua peminat-peminat bola sepak Malaysia mula membuat perbandingan dan mencogak untuk memilih pasukan manakah yang akan bakal menjadi juara Euro 2020 edisi kali ini berdasarkan prestasi yang ditonjolkan pada perlawanan pertama bagi setiap kumpulan.

Namun, yang menarik bagi penulis untuk dikongsikan kali ini tentang prestasi yang dipamerkan penyerang utama Belgium, iaitu Romelu Lukaku, di mana Lukaku telah membuat penampilan yang sunggguh berbeza sebagai pemain penyerang utama Begium kali ini dengan gaya permainan yang mengagumkan.

Menjaringkan dua gol ketika perlawanan pertama Belgium dalam Kumpulan B bertemu Russia telah membukti kewibawaan Lukaku sebagai seorang penyerang berprofil tinggi. Ini dapat dilihat bagaimana kesungguhan yang dibuktikan Lukaku dengan larian pantas serta bijak mengunakan kekuatan fizikal untuk memperdaya lawannya ,terutama ketika satu lawan satu. Bukan sahaja memiliki ketepatan penyudah yang baik tetapi mempunyai keinginan dan keazaman yang tinggi. Lihat sahaja bagaimana Lukaku mempersiapkan dirinya selepas berhijrah daripada Manchester United ke Inter Milan untuk menjadi yang terbaik dengan memulakan langkah pertama menurunkan berat badannya terlebih dahulu dan seterusnya meningkatkan prestasi di atas padang.

Berdasarkan statistik musim pertama (2019/2020) Lukaku di Inter Milan, dia berjaya melakukan 23 jaringan gol dan dua umpanan dan peningkatan terus mendadak pada musim kedua (2020/2021) bersama Inter Milan iaitu dengan 24 jaringan gol dan 11 umpanan berbanding ketika bersama Man United. Ini menunjukan bagaimana keyakinan yang tinggi yang dimiliki Lukaku selain kepercayaan sepenuhnya diberikan kepadanya oleh pengurus pasukan seperti Antonio Conte (Inter Milan) dan Roberto Martinez (Belgium). Tidak mustahil sekiranya Lukaku terus memberi aksi yang meyakinkan sepanjang Euro 2020 ini boleh dia membantu Belgium menjadi pasukan pilihan untuk bergelar juara edisi kali ini.

Ini yang dapat dilihat oleh penulis melalui pencapaian Lukaku dan rakan sepasukannya yang berjaya meletakkan Belgium sebagai pasukan yang terbaik di Eropah ketika ini dengan menduduki kedudukan pertama carta Perseketuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Sudah tentu dengan pencapaian Belgium ketika ini, Lukaku dan rakan-rakan sepasukan tidak mahu melepaskan peluang itu sebaliknya akan terus mencabar pasukan-pasukan yang dikategorikan pilihan untuk menjuarai Euro 2020 seperti Perancis, Belanda, Portugal dan England. Dengan prestasi terkini itulah yang membuatkan Lukaku dan Belgium menjadi tumpuan Euro 2020 selain menjadi pencabar penjaring terbanyak edisi kali ini.