Christian Eriksen merupakan salah seorang pemain berbakat dalam generasinya. Seorang centurion untuk negaranya dan veteran lebih dari 500 permainan kelab untuk Ajax, Tottenham Hotspur dan Inter.

Sebagai idola sukan untuk berjuta-juta peminat, mudah kita melupakan dia juga menjalani kehidupan keluarga yang normal.

Dalam perlawanan Euro 2020 di Copenhagen semalam, Eriksen bertarung dengan nyawa di peringkat di mana dirinya dibentuk untuk mencipta sejarah. Detik-detik mengerikan saat dia rebah sebelum separuh masa pertama mengejutkan dan menggegarkan dunia, dan ketika para doktor berjaya berusaha untuk menghidupkannya semula, dia tiba-tiba menjadi seseorang yang tidak berbeza dengan kita semua.

Perlawanan Kumpulan B pembukaan EURO 2020 antara Denmark dan Finland Eriksen ditangguhkan sementara. Bolasepak adalah perkara paling jauh daripada fikiran sesiapa pada masa itu. Dengan pemain kedua-kedua pasukan jelas tertekan, itu satu-satunya pilihan. Ketika siaran langsung dari Stadium Parken berakhir, berjuta-juta peminat di seluruh dunia hanya berharap pemain tengah itu dapat diselamatkan.

Dengan izin Maha Pencipta, Eriksen dihidupkan kembali dan dilaporkan sudah terjaga dan cukup responsif untuk berbicara dengan anggota pasukan Denmark melalui panggilan video. Kelegaan emosi mencetuskan pergerakan dalam kumpulan untuk perlawanan itu disambung semula. Finland bersetuju, dan perlawanan dapat diteruskan. Apa keputusan di sebalik perlawanan itu tidak lagi menjadi keutamaan.


MENGAPA keputusan itu tidak relevan adalah kerana aspek sukan tidak lagi penting. Daripada sudut Kumpulan B hingga kontroversi format pertandingan, setiap elemen kejohanan di dalam dan di luar padang tidak lagi penting. Fikiran semua orang hanya ada kepada Christian Eriksen dan orang yang disayanginya.

Tetapi walaupun bola sepak tidak relevan semalam, ia masih lagi tidak lagi cukup kuat. Terdapat kekuatan dalam perpaduan antara pemain Denmark dan Finland. Peminat yang menyaksikan rangkaian peristiwa yang dahsyat tidak lagi ada untuk menyokong negara mereka; mereka berada di sana untuk saling menyokong dan mahu Eriksen kembali berpihak di bumi ini.

Keputusan untuk memulakan semula perlawanan hanya beberapa jam kemudian adalah penting bagi pemain Denmark dalam pertunjukan sokongan kolektif mereka terhadap Christian Eriksen dan keluarganya. Mereka menghormati hasratnya untuk meneruskan permainan.

Tindakan kapten pasukan, Simon Kjaer dan penjaga gol, Kasper Schmeichel, menenangkan isteri Eriksen di tepi padang sementara mengawal emosi merke sendiri merupakan tindakan yang harus dipuji dalam membentuk perisai bagi melindungi maruah bintang yang jatuh rebah di padang. Eriksen mungkin telah berperang secara peribadi, tetapi dia tidak pernah sendirian.

Mesej harapan disampaikan di media sosial dari seluruh dunia dalam beberapa saat dari kejatuhan Eriksen. Taburan kasih dan cinta yang ditunjukkan adalah bukti bagaimana bolasepak mampu menyatukan semua pihak. Beberapa jam kemudian, Romelu Lukaku menjaringkan gol pembukaan untuk Belgium menentang Russia dan mengabdikannya kepada Eriksen.


Untuk rekod, Denmark tewas 1-0 kepada Finland. Itu tidak lebih daripada sekadar kekalahan semata-mata, tetapi daripada setiap sudut pemain Denmark hadir kelegaan.

Denmark tidak akan peduli dengan kekalahan; emosi mereka lebih terjejas dengan peristiwa yang telah melukai mereka, dan melalui pemulihan awal Eriksen akan membawa kelegaan besar.

Perjalanan panjang bakal dihadapi Eriksen dan keluarganya, dan bola sepak tidak mungkin memainkan peranan dalam masa depan profesionalnya. Namun, bolasepaklah yang memberikannya lebih daripada sekadar gaji dan identiti. Kekuatan sukan itu akan sentiasa memberikan sokongan kepada dia dan keluarganya berbanding sebelum ini.