Sergio Ramos merupakan antara bintang yang tidak bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Euro 2020 musim panas ini.

Bekas pertahanan Real Madrid itu gagal tersenarai dalam skuad 24 pemain Luis Enrique untuk mewakili Sepanyol dalam kejohanan terbaik Eropah itu. Ia merupakan satu keputusan berani daripada pengurus, namun apa hasilnya?

Ramos masih lagi dianggap sebagai salah seorang pertahanan terbaik Eropah dan masih lagi berada di tahap terbaik selama hampir dua dekad dan tidak terlalu jauh untuk melabelnya sebagai salah seorang pertahanan terbaik dalam sejarah bola sepak. Memandangkan faktor-faktor ini, berita dia tidak tersenarai dalam skuad Sepanyol EURO 2020 sebagai satu kejutan kepada ramai pihak.

Keputusan Enrique untuk mengetepi pertahanan itu menghasilkan pandangan berbelah bahagi dalam kalangan penyokong. Sebilangan besar penyokong Sepanyol telah menyarankan agar mereka lebih suka memiliki kapten Real Madrid itu beraksi dalam pasukan EURO 2020 mereka.


Semua orang mengetahui apa yang mampu dipamerkan oleh Ramos. Pemain berusia 35 tahun itu merupakan seorang pemain yang mempamerkan aksi terbaik ketika turun ke padang dan merupakan seorang perwira dan pemimpin. Sepanjang tempoh beraksi bersama Real Madrid menghasilkan banyak kejayaan buat kelab.

Bercakap mengenai kepimpinan, terdapat beberapa pemain sahaja yang lebih baik berbanding Ramos. Seorang yang lantang bersuara, dihormati dalam bilik persalinan dan sentiasa bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab ke atas pasukannya. Kehadirannya dalam Euro mampu menjadi sumber inspirasi kepada pasukan, terutama La Roja mempamerkan ramai pemain muda dalam edisi kali ini.

Lebih-lebih lagi, Ramos merupakan jenis pemain yang hadir menghitung nasib pasukan dalam perlawanan penting kerana membantu jentera serangan menghasilkan jaringan dalam situasi bola mati. Sepanyol terpaksa meratapi keputusan seri tanpa jaringan bertemu Sweden dalam aksi pertama di sebalik mendominasi sepanjang perlawanan. Bagaimanapun, sentuhan penyudah yang tumpul mencalarkan permulaan cemerlang mereka. Mungkin kisah berbeza terhasil jika mereka menurunkan bekas pemain dan kapten Los Blancos itu dalam pasukan mereka.

Terdapat juga faktor yang menyokong keputusan Enrique mengetapi pemain itu dalam skuad ke Euro. Pertahanan itu kini menghampiri penghujung usia 30an dan terpalit dengan persembahannya sejak kebelakangan ini. Ramos mengharungi musim 2020-21 yang mengecewakan dan siri kecederaan memaksa dia terlepas banyak perlawanan.


Ia mungkin adalah masa paling sempurna untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pertahanan legenda itu dan memberikan peluang kepada generasi baru.La Roja memiliki beberapa pemain pertahanan yang memiliki potensi. Kehadiran pemain seperti Pau Torres, Eric Garcia, Diego Llorente dan Aymeric Laporte merupakan antara bakat yang mampu menyerlah di Eropah dan menempah nama dalam saingan Euro kali ini.

Namun, ia merupakan satu perjudian daripada Enrique yang mungkin mampu atau meleburkan peluangnya untuk memperoleh kejayaan di pentas antarabangsa buat pertama kali sejak 2012. Jika mereka berjaya, keputusan mengetepikan Ramos adalah tindakan yang tepat dan jika berlaku sebaliknya, ia terbukti tindakan yang menghukum mereka untuk terus kemarau gelaran bagi beberapa tahun akan datang.