Dua musim berturut-turut Manchester United telah menunjukkan prestasi terbaik untuk memberi saingan pada pasukan pilihan juara dan sudah tentu pada musim baru ini Man United lebih bersedia untuk menjadi juara.

Dengan pembelian muka-muka baru seperti Raphael Varane dan Jadon Sancho oleh Ole Gunnar Solskjaer itu telah menambah kekuatan Man United musim ini selain di bantu pemain-pemain sedia ada.

Kehadiran dua pemain itu telah memberi nafas baru di bahagian pertahanan dan serangan kerana kita semua tahu kedua-dua pemain itu mempunyai kekuatan tersendiri sebagaimana dilakukan mereka di kelab mereka terdahulu seperti Sancho yang telah melakukan jaringan sebanyak 50 jaringan 64 umpanan dari 137 perlawanan di Borusia Dortman. Kehadiran mereka ini menambah lagi rencah kepada Ole Gunnar Solskjaer untuk memperkemaskan lagi taktikal dan strategi Man United.

Kalau kita perhatikan musim lalu dengan kehadiran Edison Cavani di Man United telah membangkitkan satu impak yang luar biasa bagi Man United kerana Cavani telah berjaya menambah sengat jentera serangan Man United. Di tambah pula dengan pemain-pemain penyerang muda Man United seperti Marcus Rashford dan Manson Greenwood sementara di bahagian midfield pula gadingan Paul Pogba, Bruno Fernandes dan Scott McTominay menambah kreativiti serangan Man United.

Dengan kekuatan yang seimbang di semua bahagian musim ini akan membuatkan Man United menjadi sebuah pasukan yang lengkap dan mampu memberi saingan pada juara bertahan Manchester City dan Liverpool. Berdasar situasi itu tidak mustahil Man United mampu mencipta kemenangan secara konsisten kerana Man United telah menyelesaikan masalah pada musim lalu terutama di bahagian penyudah. Inilah masanya Man United untuk terus mencabar serta mempunyai potensi menjadi juara musim baru.