Jaringan hatrik yang berjaya dilakukan Cristiano Ronaldo ketika menentang Tottenham Hotspurs serta mencipta kemenangan ke-14 musim ini telah meletakkan Manchester United pada kedudukan tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Dengan kedudukkan itu pasti melegakan peminat-peminat memandangkan anak didik Ralf Rangnick telah meletakkan kelab kesayangan mereka tersebut di kedudukan yang boleh bersaing ke Liga Juara-juara Eropah (UCL) pada musim hadapan.

Ini satu kebangkitan yang baik dipamerkan pemain-pemain The Reds Devils kerana pada dua perlawanan yang terdahulu prestasi mereka agak menggusarkan.

Kehadiran Ronaldo yang pernah lima kali memenangi anugerah Bllon d’Or dalam kesebelasan utama kali ini turut memberi impak besar selepas tidak diturunkan pada perlawanan lalu.





Apa yang menariknya kali ini apabila Rangnick mengubah posisi Ronaldo sebagai penyerang utama berbanding posisi kebiasaannya membuka gerakan dari bahagian sayap. Ia tidak memberi masalah kepada Ronaldo untuk menyesuaikan diri kerana dengan pengalaman yang dimilikinya, dia mampu menambah ketajaman bahagian penyudah The Red Devils.

Lihat sahaja bagaimana kombinasi antara Marcus Rashford, Paul Pogba dan Jadon Sancho bersama Ronaldo yang telah mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Spurs.

Dengan pengalaman dan pengaruhnya di atas padang telah membawa satu keyakinan serta aura baru kepada pemain-pemain Man United untuk terus memberi aksi terbaik mereka.





Melalui pertukaran posisi Ronaldo ini juga telah menunjukkan bagaimana bijaknya Rangnick menyusun strategi dan mengunakan kelebihan yang dimiliki Ronaldo.

Walaupun semakin memanjat usia tetapi Ronaldo tidak menunjukkan bahawa dia bersedia mengangkat bendera putih di penghujung musim nanti.

Ini juga menunjukkan bahawa dia mempunyai perancangannya sendiri selain menitik beratkan disiplin diri selain mengunakan kaedah sains sukan untuk memastikan prestasi dirinya terus berada di puncak.

Itulah pentingnya apabila sesorang atlet itu begitu memahami tentang pentingnya disiplin diri dan keperluan sains sukan dalam membantu meningkatkan dan mengekalkan prestasinya.

Ini merupakan contoh terbaik bagi semua pemain-pemain bola sepak dalam negara kita sekiranya ingin terus kekal dengan prestasi terbaik pada setiap perlawanan.