Selepas Liga Super berehat agak lama untuk memberi laluan pada skuad Harimau Malaya beraksi di kelayakan Piala Asia 2023, kini aksi Liga Super bersambung kembali.
Di mana lima perlawanan telah berlangsung semalam dan yang menarik perhatian penulis membabitkan persembahan pasukan Sabah ketika menewaskan Sri Pahang. Dengan kejayaan itu ia telah meletakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee itu berada di puncak Liga Super buat kali pertama pada musim ini. Ia menunjukkan bahawa Sabah bukan lagi pasukan belasahan sebaliknya pasukan pencabar baru dalam perubatan Liga Super musim ini.
Dengan prestasi The Rhinos ketika ini ia mengingatkan kembali penulis pada zaman kegemilangan The Rhinos pada 1996. Dimana ketika itu Sabah di bimbing oleh jurulatih dari Australia iaitu Ron Smith yang telah membawa Sabah menjulang Liga Perdana buat pertama kalinya. Pada ketika itu skuad yang dimiliki Ron Smith amat sempurna sekali kerana dihimpuni pemain-pemain berbakat seperti Khairul Azman Mohamed yang menjadi benteng terakhir The Rhinos. Sementara di bahagian serangan pula menampil tiga penyerang berbisa yang berjaya dilahirkan Ron Smith seperfi Suharmin Yusof, Mohd Jaya Kassim, Scott Ollerenshow dan Seslija Milomir di bahagian midfield sehingga menggegarkan arena bola sepak tanah air.
Kesempurnaan skuad generasi emas 1996 itu telah mengangkat martabat bola sepak Sabah sehingga dihormati setiap pasukan dalam Liga Perdana ketika itu. Situasi itu kini mula dirasai kembali oleh peminat-peminat Sabah pada musim ini apabila skuad kendalian Ong Kim Swee berjaya mewujudkan sebuah pasukan yang mantap. Dengan dibarisi pemain-pemain berpengalaman seperti Baddrol Bakthiar, Khairul Fahmi, Rizal Ghazali dan Amri Yahya. Di bantu pula oleh pemain-pemain import yang berkualiti seperfi Saddil Ramdani, Taiki Kagayama, Netto Pessoa dan Jackson de Sauza. Pemain-pemian ini berjaya menjalin persefahaman dan keharmonian dalam pasukan yang baik sehingga mewujudkan semangat berpasukan yang jitu.
Dengan kekuatan itu ia berjaya mewujudkan sebuah pasukan yang sentiasa memberikan aksi yang terbaik mereka di atas padang selain mengikut perancangan yang di buat oleh Kim Swee. Sekiranya pemain-pemain The Rhinos berjaya menggekalkan keharmonian dan semangat kerja berpasukan ini tidak mustahil pasukan kendalian Kim Swee ini mampu menghentikan penguasaan Johor Darul Ta’zim selaku juara Liga Super sebanyak lapan kali berturut-turut. Mereka perlu yakin dengan kemampuan diri serta perlu fokus pada setiap perlawanan yang mereka lalui supaya mereka tidak tersasar dari landasan yang baik ini.
Hasnizam Uzir
Mon Jun 20 2022


Paolo Banchero calls expectations of being top pick 'nothing I'm not used to'
New Orlando Magic forward Paolo Banchero has been viewed as a future NBA star since he was in high school, saying pressure is nothing new.

Charlotte Hornets re-hire former head coach Steve Clifford
After previously spending five seasons as head coach of the Charlotte Hornets, Steve Clifford will return for a second stint in charge.

South Korea's Chun In-gee holds dominant lead at Women's PGA Championship
After a stunning first round where she led by five strokes, Chun In-gee backed it up with a strong performance on Friday.

Xander Schauffele leads by five strokes after second round of Travelers Championship
Xander Schauffele is the heavy favourite to win the Travelers Championship after finishing Friday's second round five strokes clear.

Valverde set for Athletic Bilbao return after Uriarte wins presidential election
Athletic Bilbao have a new president, who has promised to appoint Ernesto Valverde as the club's new coach.

Canelo predicts KO against Golovkin in trilogy match
Even coming off a loss, Canelo Alvarez is fully confident heading into his third match against rival Gennady Golovkin.

England 'really have to improve' despite thrashing Netherlands, warns Wiegman
England scored four second-half goals to thrash the Netherlands 5-1 at Elland Road, but Sarina Wiegman identified room for improvement.

Tsitsipas reaches first grass-court final, Fritz and Cressy set up all-American Eastbourne showdown
Stefanos Tsitsipas will face Roberto Bautista Agut for the Mallorca Championships title, while two Americans will tussle in Eastbourne.

Li Haotong leads BMW International Open after second-round 67
Li Haotong followed up his record-tying round from Thursday with a strong day two to preserve his lead at the BMW International Open.

'Fancy doing another Trent Bridge?' – Bairstow revels as another Test century blunts New Zealand
England were again indebted to the heroics of Jonny Bairstow as the Yorkshireman produced an unbeaten 130 against New Zealand at Headingley.