‘Talent can win you games, but great attitude win championships’
Bakat hanya membawa seseorang ke tahap normal namun sikap baik akan membantu individu atau pasukan kepada kejuaraan dan keputusan luar biasa.
Dalam sukan kebanyakan jurulatih berjaya lebih gemar memilih pemain yang mempunyai sikap positif, seorang pemimpin, bekerja-keras, ingin belajar dan impian besar.
Sebagus mana pun bakat seseorang atlet jika tidak digunakan secara efisien, ia tidak mendatangkan sebarang manfaat pun.
Ini bukan perkara baharu dalam dunia sukan kerana telah terbukti atlet yang besar kepala dan mempunyai sikap buruk akan gagal dalam karier sukannya.
Antaranya pemain bola sepak Ligue 1 Nice, Mario Balotelli yang disanjungi kerana skil dan ketangkasan amat digeruni pihak lawan yang membantunya membawa kejuaraan kepada bekas kelab antaranya Inter Milan dan Manchester City.
Tetapi reputasi ‘Super Mario’ sentiasa tercalar dengan sikap negatif tidak menghormati individu lain dan mempunyai masalah mengikut peraturan.
Selain itu pemain tenis berbakat Australia Nick Kyrgios yang dijulang oleh sesetengah orang Malaysia kerana ibunya dilahirkan di Malaysia mempunyai skil semula jadi di atas gelanggang.
Tetapi sikap panas barannya sentiasa membawa masalah kepada pemain tinggi lampai berumur 22 tahun ini.
‘Virus’ besar kepala cukup menakutkan kerana ia boleh membawa seseorang atlet itu ke penghujung karier sukannya.
Di akhbar utama hari ini, kedua-dua presiden 2 sukan utama negara risau dengan sikap dan mentaliti para pemain.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan tiada gunanya membawa jurulatih terbaik jika para pemain tidak bermain sepenuh hati dan tidak menjadi teladan kepada pemain lain.
Sentimen sama diajukan oleh Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bahawa para pemain perlu bertanggung-jawab menaikkan prestasi dan tiada masa untuk main-main.
Ramai pengkritik memberi pendapat tahap sukan bolasepak negara akan hanya maju ke hadapan jika sikap dan mentaliti para pemain pada tahap profesional.
Jika tidak sampai 5 dekad akan datang pun, ranking Harimau Malaya yang kini dibelakang negara kecil seperti Myanmar dan Nepal akan sentiasa berada di sekitar 174 atau lebih merisaukan jatuh diluar kedudukan 200 terbaik.
Bro, jangan besar kepala! Menang dahulu.