Apabila tewas pada perlawanan pertama dengan sebuah kelab yang baru sahaja dinaikkan Brentford telah mengundang pelbagai persepsi tentang kemampuan Arsenal musim ini.

Ia sudah tentu bukan satu tugas mudah bagi Mikel Arteta untuk meyakinkan peminat-peminatnya apatah lagi akan berhadapan dengan Chelsea pada perlawanan kedua esok yang pada ketika ini berada pada prestasi terbaik selepas menunjukkan permainan yang konsisten selepas menjuarai Piala Super UEFA.

Mengikut rekod pertemuan musim lalu memang memihak pada Arsenal namun bukan tugas yang mudah untuk menggalahkan Chelsea ketika ini kerana anak didik Thomas Tuchel lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Lihat sahaja dari segi dominasi permainan yang baik dipamirkan pada perlawanan pertama menentang Crystal Palace serta kemampuan jentera midfield dan penyerang Chelsea begitu mantap sekali seperti Jorginho, Mateo Kovacic dan Mason Mount.

Inilah tugas yang mencabar bagi pemain-pemain Arsenal terutama di bahagian midfield untuk mematahkan setiap gerak Chelsea. Apa yang perlu dilakukan pemain-pemain midfield Arsenal dimana mereka perlu bijak mengawal tempo permain selain memenangi bola dengan cepat untuk mematikan tempo permainan pantas Chelsea supaya pemain-pemain midfield Chelsea tidak dapat mendominasi permainan. Sekiranya di beri ruang sudah tentu Chelsea akan mengunakan kepantasan yang ada pada Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso untuk melakukan hantaran-hantaran lintang.

Sementara itu Arsenal juga perlu meningkatkan ketajaman bahagian penyudahnya sekiranya ingin mencipta kemenangan. Ketiadaan Pierre-Emerick Aubameyang pada perlawanan pertama banyak memberi kesan sebenarnya pada Arsenal namun sebagai sebuah pasukan yang mempunyai ramai pemain-pemain bertaraf dunia sebenarnya tidak mempunyai masalah. Yang penting pemain-pemain Arsenal perlu ada keinginan yang tinggi untuk memenangi perlawanan esok. Sekiranya pemain-pemain Arsenal mampu menunjukkan keinginan itu di hadapan penyokong-penyokong sendiri tidak mustahil Arsenal mampu menewaskan Chelsea lagi.