ATHLETIC BILBAO 0 REAL MADRID 0

Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, kecewa untuk pemain-pemainnya tetapi kekal berpuas hati dengan usaha mereka untuk seri 0-0 dengan Atheletic Bilbao di San Mames, semalam.


Kemenangan membenarkan mereka untuk merapatkan jurang dengan Barcelona selepas pendahulu liga itu juga seri 2-2 dengan Celta Vigo, dengan penyandang juara itu gagal mencari sebarang gol ketika berdepan pasukan yang tidak melakar sebarang kemenangan dalam enam perlawanan.

Cristiano Ronaldo, Toni Kroos dan Karim Benzema berpeluang untuk mencipta jaringan dalam babak pertama selepas sentuhan penyudah sekali lagi menjadi masalah terbesar buat Real.

Ini merupakan kali ketiga mereka seri tanpa jaringan dalam saingan LaLiga dan kini menghuni tangga keempat, ketinggalan lapan mata kepada Barcelona.

"Saya gembira dengan persembahan dan sangat kecewa kerana kami gagal meledak gol tetapi saya sangat kecewa untuk pemain-pemain saya, mereka telah memberikan yang terbaik," kata Zidane.

"Kami berhak mendapat keputusan yang lebih lagi tetapi gagal meraih tiga mata.

"Tugas saya adalah memastikan kami positif dan memastikan pemain-pemain menjaringkan gol."

Hari Real bertambah buruk selepas Sergio Ramos dilayangkan kad kuning kedua selepas menyiku Aritz Aduriz.

Ia merupakan kad merah yang ke-19 buat pemain kebangsaan Sepanyol itu -- Ramos akan menyertai Casemiro dan Dani Carvajal di tepi padang untuk aksi seterusnya berdepan Sevilla, selepas kedua-dua pemain meraih lima kad kuning.