Pemain tengah Bournemouth, Ryan Fraser, akan menjadi pembelian terhebat Arsenal, kata bekas perancang pasukan itu, Jack Wilshere.
Fraser dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates selepas menghasilkan tujuh gol dan 14 bantuan jaringan buat Bournemouth dalam Liga Perdana Inggeris musim 2018-19.
Selain itu, dia juga dikhabarkan mendapat perhatian beberapa kelab terkemuka lain.
Pemain tengah West Ham, Wilshere, yang mengenali Fraser ketika dipinjamkan kepada The Cherries dua musim lalu, menyarankan agar bekas kelabnya itu menandatangani bintang Scotland itu sambil memuji etika kerjanya.
"Saya fikir Ryan Fraser akan menjadi pembelian terhebat. Saya amat mengenalinya. Dia mungkin pemain paling berusaha keras yang saya pernah kenal," katanya kepada football.london.
"Dia memiliki sikap yang baik. Di atas padang, dia sentiasa berlari.
"Dia merupakan pemain pertama yang akan tiba di padang pada waktu pagi dan yang terakhir meninggalkannya.
"Kekuatan fizikalnya telah banyak meningkat. Dia benar-benar sudah meningkatkannya dalam perlawanan," katanya.
Pengurus Arsenal, Unai Emery, dilaporkan sedang memburu pemain kebangsaan Belgium, Yannick Carrasco, dalam usahanya untuk menyuntik kreativiti menjelang musim depan, namun Fraser dianggap sebagai sasaran utama pengendali dari Sepanyol itu.
Wilshere memuji perkembangan Fraser di bawah kendalian pengurus Bournemouth, Eddie Howe, dengan berkata: "Secara teknikal, dia benar-benar sudah meningkat.
"Anda dapat melihatnya melalui peluang-peluang yang diciptanya tahun lalu.
"Anda dapat melihatnya melalui jumlah bantuan jaringan yang dihasilkannya.
"Pujian perlu diberikan kepadanya, juga kepada Eddie.
"Eddie memberikan kepercayaan kepadanya dan ia berbaloi.
"Dia mendidiknya untuk menjadi pemain terbaik.
"Jika dia ke Arsenal, saya mendoakan yang terbaik buatnya kerana dia seorang individu dan pemain yang hebat," tambahnya.