Pemain baru Paris Saint-Germain (PSG), Georginio Wijnaldum, telah memberikan nasihat kepada rakan sepasukan barunya, Kylian Mbappe, mengenai masa depannya.

Wijnaldum mengakui bahawa salah satu sebab dia menyertai PSG adalah mahu bermain dengan bakat bertaraf dunia, Mbappe, dan juga menambahkan bahawa dia ingin pemain itu kekal berada di ibu kota Perancis.

Pemain kelahiran Belanda itu menamatkan tempoh lima tahun di Liverpool dengan berhijrah ke PSG, berikutan spekulasi dia bakal ke Barcelona. Dia perlu melakukan pilihan dan gergasi Ligue 1 menjadi destinasinya.

Mbappe, yang berhijrah secara tetap ke PSG selepas memenangi Piala Dunia 2018. Secara keseluruhan, pemain berusia 22 tahun itu telah meledak 132 gol dalam 171 penampilan dalam semua pertandingan.

Dia kini memasuki tahun terakhir kontraknya bersama PSG, dan spekulasi timbul mengenai kemungkinan dia bakal berhijrah ke Liverpool.

PSG telah membuktikan mereka mampu mendominasi saingan domestik, namun terus kecewa ketika bersaing dalam Liga Juara-Juara (UCL) di sebalik memiliki salah sebuah skuad terbaik Eropah. Dan ia merupakan salah satu sebab Mbappe sedang berkira-kira mengenai masa depannya bersama kelab itu.


musim pertamanya dengan Paris Saint-Germain, berkata, "Semua orang mahu Mbappe kekal, bermula dengan saya kerana dia adalah salah satu sebab yang membuat saya datang ke PSG, untuk bermain dengan pemain seperti dia. Saya sudah sangat gembira melihat Neymar telah melanjutkan kontraknya."

Wijnaldum berkata lagi, "Saya juga berada dalam posisi itu dan kebiasaannya anda mengikut naluri anda. Saya hanya berharap dia akan kekal di PSG kerana kelab melakukan yang terbaik untuk menjadikan pasukan ini terbaik dunia."