Timo Werner menegaskan dia tidak menyesal selepas memilih Chelsea berbanding Liverpool ketika kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bersiap sedia untuk perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Jurgen Klopp dikatakan sangat mengagumi Werner ketika penyerang itu sebagai pemain Stuttgart dan pengurus kelahiran Jerman itu mengendalikan Borussia Dortmund pada 2015.

Klopp kemudiannya berlepas ke Liverpool dan sekali lagi menjadi pendahulu yang cuba mendapatkan khidmat Werner, yang mendapat permintaan tinggi daripada pasukan Liga Perdana selepas mempamerkan aksi cemerlang untuk RB Leipzig pada 2020.

Bagaimanapun, Chelsea bertindak paling pantas untuk menandatangani Werner dalam perjanjian bernilai GBP45 juta, menewaskan kelab seperti Tottenham dan Manchester United untuk menandatangani, manakala Liverpool memilih bintang Wolves, Diogo Jota.

Pemain antarabangsa Jerman itu bergelut dalam musim pertama, menjaringkan enam gol dalam 35 penampilan liga.

Werner masih belum mencapai tahap tertinggi dalam liga sekali lagi kempen ini, selepas hanya menjaringkang empat gol dalam 21 perlawanan, tetapi persembahannya kebelakangan ini telah memberikan galakan kepada pengendali Chelsea, Thomas Tuchel.

Tiada pemain yang mempunyai lebih banyak gol Piala FA musim ini daripada Werner (dua gol, tiga assist) dan dia tidak menoleh ke belakang dengan kekesalan ketika Chelsea bersiap sedia untuk menentang Liverpool di Stadium Wembley.

"Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah mereka mempunyai pengurus Jerman," kata pemain berusia 26 tahun itu kepada Standard Sport apabila ditanya mengenai kaitan dengan Liverpool.

"Saya mengenalinya selama bertahun-tahun sebelum ini, kerana ketika saya di Stuttgart, dia bercakap tentang pergi ke Dortmund. Kemudian saya bermain tidak begitu cemerlang dan kelihatan saya tidak lagi memiliki peluang.

"Ketika saya di Leipzig, saya mempunyai kemungkinan untuk datang ke England. Liverpool juga dalam fikiran saya dan kemungkinan besar untuk saya, tetapi pada akhirnya saya membuat keputusan untuk Chelsea dan saya memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara tahun lepas. Ia bukan keputusan yang paling teruk."