Astro Arena bersama Astro Radio mengadakan bacaan doa selamat dan bacaan Yasin buat Faisal Halim yang sedang dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Warga Astro mendoakan tonggak Harimau Malaya itu segera pulih selepas insiden disimbah asid Ahad lalu.

Bacaan Yasin itu turut dihadiri oleh legenda bola sepak negara seperti Mohamad Nizaruddin Yusof dan Datuk Zainal Abidin.


Faisal dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kedua petang semalam.