Lionel Messi tidak berunding untuk berpindah ke kelab Liga Bolasepak Utama (MLS), Inter Miami, di penghujung musim, demikian jelas wakil penyerang Paris Saint-German (PSG) itu.

Semalam, bintang Argentina itu dilaporkan hampir memuktamadkan perjanjian untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) sebaik kontraknya dengan PSG tamat tahun depan.

Tindakan sedemikian akan memberikan rangsangan besar kepada sukan di Amerika Utara menjelang Piala Dunia pada 2026, yang dijadual diadakan di AS, Kanada dan Mexico.

Bagaimanapun, wakilnya, Marcelo Mendez, menyifatkan laporan itu sebagai "berita palsu" sambil menjelaskan tiada rundingan yang tidak berlaku.



"Ia palsu, ia berita palsu. Tiada rundingan untuk Lionel menyertai Inter Miami pada musim depan," kata Mendez kepada CNN.

Messi sedang menumpukan perhatian untuk membawa Argentina menjulang kejuaraan Piala Dunia selepas menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan pasukannya setakat ini –- termasuk gol pembukaan dalam kemenangan penting ke atas Mexico, kelmarin.