Muzaffar Musa
Thu Jun 23 2022

Vinicius Junior akan menjadi pencabar utama untuk merebut Anugerah Ballon d'Or 2023, kata Rivaldo.
Pemain kebangsaan Brazil, Vinicius, memainkan peranan utama ketika Real Madrid memenangi gelaran LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim 2021-22, di mana dia menjaringkan gol tunggal ketika Los Blancos menewaskan Liverpool dalam final kejohanan Eropah berkenaan.
Pemain berusia 21 tahun itu menghasilkan 22 gol dan 16 bantuan jaringan sepanjang 52 penampilan dalam kesemua kejohanan, di mana hanya Kylian Mbappe (60), Karim Benzema (59), Christopher Nkunku (51) dan Mohamed Salah (46) mempunyai rekod lebih baik daripada segi penglibatan gol dalam lima liga utama Eropah.
Benzema merupakan calon pilihan untuk memenangi Ballon d'Or 2022, yang akan dianugerahkan pada Oktober depan tetapi bekas juara dunia, Rivaldo, percaya anugerah itu boleh dimenangi Vinicius tahun depan.
"Selepas musim yang hebat bersama Real Madrid, di mana dia menjaringkan gol yang membolehkan mereka memenangi UCL, saya berharap penyerang muda Brazil itu akan terus berkembang," kata Rivaldo kepada Betfair.
"Dia telah banyak meningkat sewaktu di depan gawang dan jika dia meneruskannya seperti itu, dia boleh menjadi bintang utama Real Madrid kerana Benzema akan bersara satu hari nanti.
"Amat sukar untuk mencari calon pilihan (Anugerah Ballon d'Or) sedangkan musim belum bermula tetapi saya tidak lihat dia terkebelakang berbanding Kylian Mbappe, Kevin De Bruyne dan pemain lain.
"Gelaran yang dimenangi setiap kelab akan memainkan peranan penting untuk menentukan keputusan akhir," katanya.

BAM confident of delivering Commonwealth Games medal target despite Zii Jia's withdrawal
The Badminton Association of Malaysia (BAM) is confident the national contingent will achieve its two-gold medal target, despite the withdrawal of Lee Zii Jia.

Rumour Has It: Chelsea, Roma circling for Ronaldo
Chelsea and Roma are reportedly among the clubs willing to sign Manchester United forward Cristiano Ronaldo.

Wimbledon: Djokovic, Nadal and Williams lead charge of the old guard
Novak Djokovic is one short of matching Pete Sampras on Wimbledon's list of champions, while Iga Swiatek is eyeing a first major on grass.

Denmark's Euro 92 triumph: Thirty years on, the Danes have made dreamers of us all
Denmark were late additions to the party guest list but crashed Euro 92 in sensational style by carrying off the trophy in Sweden.

Dortmund CEO Watzke criticises 'arrogant idiots' in English media after Mane transfer
English media responses to Sadio Mane's Bayern Munich transfer have prompted an angry reply from Borussia Dortmund CEO Hans-Joachim Watzke.

Close friends Schauffele, Cantlay in contention at Travelers Championship
Xander Schauffele leads Presidents Cup and Ryder Cup partner Patrick Cantlay by a single shot after 54 holes at the Travelers Championship.

Chun In-gee retains lead coming into final round at Women's PGA Championship
Chun In-gee has a chance to win her third major trophy, coming into the final round of this weekend's Women's PGA Championship.

'Messi is the only one guaranteed a place' – Di Maria not taking World Cup spot for granted
Despite playing a big part in Argentina's qualifying campaign, Angel Di Maria is not taking a place in their World Cup squad for granted.

'You want a million, you got it!' – Tyson Fury takes on Jake Paul's bet
Jake Paul bet Tyson Fury $1million that he will beat his half-brother, Tommy Fury, and the Englishman has not backed down.

Bellingham would be a 'fantastic signing' for Liverpool, says Barnes
Liverpool great John Barnes is hopeful Liverpool can sign Jude Bellingham, but he does not expect a deal to go through this window.