LIVERPOOL 1 BRIGHTON 0

Virgil van Dijk bangga dengan kejayaan Liverpool yang beraksi di Anfield dengan menewaskan Brighton and Hove Albion 1-0 dan mengekalkan permulaan cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).


Mohamed Salah meledak gol pada minit ke-23 selepas James Milner merampas bola daripada Yves Bissouma tetapi The Reds terus bertindak berjaga-jaga ketika berdepan Brighton yang masih segar dengan kemenangan 3-2 ke atas Manchester United.

Skuad kendalian Jurgen Klopp cemerlang mengatasi Crystal Palace 2-0 pada Isnin lalu apabila mereka mempamerkan permainan bertahan yang diampuh dan ia menggembirakan Van Dijk.

"Ia adalah perlawanan yang sukar. Kami menyedari Brighton penuh dengan keyakinan dalam perlawanan ini. Kami hanya perlu bersedia untuk aksi seterusnya," katanya.

"Kami tidak bermain permainan terbaik kami dan ia sangat penting kerana berjaya mengekalkan keputusan hingga tamat permainan.

"Kami bertahan bersama, anda dapat melihatnya. Ia sangat penting.

"Pujian diberikan kepada semua pemain. Kami sangat gembira kerana dapat memastikan tiada jaringan berjaya diraih pasukan lawan," katanya lagi.