Nicolo Barella dan Domenico Berardi meledak gol dalam separuh masa kedua ketika Itali merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Belgium untuk meraih tempat ketiga Liga Negara-Negara 2021 semalam.

Skuad kendalian Roberto Martinez, yang gagal mempertahankan kelebihan dua jaringan ketika bertemu Perancis Khamis lalu, dinafikan tiang gol dua kali di antara gol pembukaan Itali yang disumbat masuk Barella.

Berardi kemudian menyempurnakan sepakan penalti untuk menggandakan jaringan buat skuad pimpinan Roberto Mancini, yang menyaksikan rekod 37 perlawanan tanpa kalah lebur di tangan Sepanyol dalam separuh akhir, sebelum Charles de Ketelaere meledak gol saguhati.