Raphael Varane dijangka direhatkan sebulan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika Manchester United seri dengan Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara.

Pemain kebangsan Perancis itu, yang turun buat kali kedua sejak direhatkan tiga perlawanan ekoran kecederaan pangkal paha, terduduk pada minit ke-38 dan gagal meneruskan permainan.

Kelab itu mengesahkan pada hari Rabu bahawa pemain berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan hamstring dan berkemungkinan akan berehat sepanjang bulan November.

Ia menghadirkan kebimbangan buat Ole Gunnar Solskjaer menjelang perlawanan derby Sabtu ini menentang Manchester City.

Situasi masih kurang tidak jelas sama ada pertahanan tengah, Victor Lindelof, sempat cergas selepas tidak beraksi di Itali kerana kecederaan, manakala kapten, Harry Maguire, telah mendapat perhatian selepas beberapa siri persembahan yang kurang cemerlang sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Eric Bailly mempamerkan aksi yang mengagumkan di Bergamo dalam separuh masa kedua, dan dia mungkin akan turun menentang pasukan Pep Guardiola.

Selepas rehat antarabangsa, United mempunyai tiga perlawanan di tempat lawan berturut-turut, dengan lawatan Liga Juara-Juara (UCL) ke Villarreal sementara pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Watford dan Chelsea.