Pep Guardiola dan Lionel Messi akan bertemu dalam Liga Juara-Juara (UCL) setelah Manchester City dan Paris Saint-Germain diundi dalam kumpulan yang sama.

Messi dan Guardiola menikmati hubungan baik ketika di Barcelona, namun buat pertama kali mereka akan bertemu buat pertama kali tanpa salah seorang daripadanya mewakili kelab Catalans.

Pemenang Ballon d'Or enam kali Messi diketepikan Barca pada penghujung Jun apabila kontraknya berakhir, dan ketika dijangka untuk menandatangani semula kontrak baru, Blaugrana tidak mampu membuat apa-apa ekoran sekatan kewangan.

Tindakan itu menyaksikan Messi mengambil keputusan berkelana ke PSG di sebalik telah dikaitkan bakal menyertai City dan bergabung semula dengan Guardiola.

Salah satu lagi kisah bakal menyertai situasi yang melibatkan City bertemu PSG, ketika penyerang Juventus Cristiano Ronaldo -- musuh tradisi Messi -- telah kuat diperdebat dengan perpindahan ke Stadium Etihad.

Sekiranya Ronaldo tidak meninggalkan Juve, dia akan menentang penyandang juara, Chelsea -- yang mengalahkan City di final musim lalu -- di Kumpulan H.

Akan ada ulangan aksi final Liga Europa 2020-21 di Kumpulan F ketika Manchester United telah ditawarkan kesempatan untuk membalas dendam terhadap Villarreal, yang mengalahkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dalam penentuan penalti yang luar biasa di Belfast akhir Mei lalu.

Tiga wakil Sepanyol yang lain mempunyai kumpulan sukar -- Barcelona diundi bertemu Bayern Munich, Benfica dan Dynamo Kiev; Real Madrid sekali lagi bertemu Inter dan Shakhtar Donetsk seperti musim 2020-21; sementara Atletico Madrid bakal bertemu Liverpool, Porto dan Milan.

Sebaliknya, Sevilla berada dalam Kumpulan G yang nampaknya sama handal dengan pemenang Ligue 1, Lille, Salzburg dan Wolfsburg.

Pendatang baru, Sheriff of Moldova menyertai Madrid, Inter dan Shakhtar dalam Kumpulan D.