Ketua Pegawai Operasi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Raimi Fakri Fuad, menegaskan pihaknya tidak boleh mendahului Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang bertanggungjawab menguruskan kelab Liga Super.

Jika ada permohonan daripada UiTM untuk menyertai Liga M3 musim ini, AFL perlu mendapatkan persetujuan daripada ahli lembaga pengarah badan pengelola itu sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.

Terdahulu, AFL sudah mengesahkan penyertaan 14 buah pasukan dalam kempen Liga M3 musim ini yang bakal dinaik taraf kepada liga semi-pro.

"Setakat ini belum ada permohonan rasmi, kami juga ternanti-nanti sebarang pengumuman ada pemakluman rasmi daripada MFL.

"UiTM mungkin sudah bersedia daripada segi persiapan.

"Kami akan lihat semula dan kalau mereka sudah bersedia.

"Mungkin ada peluang untuk mereka sertai (Liga M3) tapi sudah tentu yang paling penting adalah daripada MFL untuk mempertimbangkannya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.