Manchester United perlu mengatasi pakar Liga Europa, Sevilla untuk mara ke separuh akhir bagi menempah pertemuan dengan Juventus atau Sporting CP.

United menewaskan Real Betis dalam pusingan 16 dan kini akan menentang seteru bandar mereka, Sevilla, pemenang enam kali Piala UEFA dan Liga Europa.

Kedua-dua pasukan itu telah bertemu tiga kali sebelum ini, dengan Sevilla menyingkirkan United daripada Liga Juara-Juara 2017-18 menerusi dua perlawanan sebelum menewaskan Red Devils sekali lagi pada separuh akhir Liga Europa 2019-20.

Undian separuh akhir, yang turut dijalankan semalam, menggandingkan pemenang perlawanan United dengan Juventus atau Sporting, yang menyingkirkan Arsenal.


Malah dalam perjalanan ke perlawanan akhir, sekiranya anak buah kendalian Erik ten Hag berjaya melangkah sejauh itu, United mungkin akan mengadakan pertemuan semula dengan bekas pengurus, Jose Mourinho.

Roma kendalian Mourinho diundi menentang Feyenoord pada suku akhir dalam aksi ulangan final Liga Persidangan Europa musim lalu, yang dimenangi Giallorossi.

Bayer Leverkusen bertemu Union Saint-Gilloise, bermain untuk hak menentang Roma atau Feyenoord.

Undian penuh aksi suku akhir Liga Europa:
Manchester United v Sevilla
Juventus v Sporting CP
Bayer Leverkusen v Union Saint-Gilloise
Feyenoord v Roma