Christopher Nkunku menjaringkan dua gol di Bergamo ketika RB Leipzig melakar kemenangan 2-0 ke atas Atalanta sekaligus membawa kelab Bundesliga itu ke separuh akhir Liga Europa.

Penyerang Perancis itu berjaya membuka jaringan di awal permainan sebelum melengkapkan kemenangan agregat 3-1 menerusi penalti, sekaligus meningkatkan peluang Leipzig menjulang gelaran Eropah pertama dalam sejarah mereka.

Ketua jurulatih, Domenico Tedesco, mengubah nasib Leipzig sejak menggantikan Jesse Marsch Disember lalu dan kualiti yang dipamerkan gagal ditangani baik oleh Atalanta.