Erik ten Hag mengalami masalah kecederaan ketika Manchester United mengalami kekecewaan di penghujung permainan menentang Sevilla dalam Liga Europa.

Dua gol Sabitzer pada separuh masa pertama kelihatan membolehkan United menguasai sepenuhnya perlawanan suku akhir pertama awal pagi tadi, dengan tuan rumah mendominasi sepanjang permainan di Old Trafford.

Namun jaringan sendiri Tyrell Malacia enam minit sebelum tamat memberikan harapan kepada Sevilla sebelum tandukkan Youssef En-Nesyri terkena Harry Maguire sebelum melencong ke gawang sendiri pada minit ke-92.

Ten Hag menegaskan keputusan seri 2-2 United dianggap sebagai tidak bernasib baik, ditambah dengan siri masalah kecederaan pemain yang mula meningkat.

Pengurus United itu memberitahu BT Sport, "Saya berasakan perlawanan sudah dalam genggaman kami, mendahului 2-0 dan sepatutnya menjaringkan tiga atau empat gol. Perlawanan itu bergantung sepenuhnya kepada kami.

"Beberapa detik malang dengan kecederaan. Raphael Varane pada separuh masa, Anthony Martial yang baru sahaja turun dalam kesebelasan utama, Antony dan Bruno Fernandes pula telah dilayangkan kad kuning.

“Kemudian kami hilang kawalan pada saat yang tidak bernasib baik, kemudian satu lagi detik malang dengan Lisandro [Martinez] mengalami kecederaan.

"Kami melepaskan dua gol sendiri, itu cukup tidak bernasib baik. Kami perlu belajar, kami perlu menamatkan perlawanan dengan lebih awal, tetapi semuanya terbuka untuk perlawanan seterusnya.

“Saya tahu kami boleh melakukan lebih baik dengan pemain tersebut pada bahagian terakhir permainan, kami perlu lebih tenang dan boleh memanfaat daripada peluang serangan balas kami, tetapi kami tidak melakukannya.

"Kami agak kurang bernasib baik ketika bertahan, dua gol sendiri ia bukan malam yang indah buat Man United."