Harry Maguire dan Tyrell Malacia menjaringkan gol sendiri selepas Manchester United melepaskan kelebihan selesa dalam seri 2-2 bertemu Sevilla dalam aksi pertama suku akhir Liga Europa.

Tandukkan Youssef En-Nesyri terkena kapten pasukan, Maguire, sebelum bola masuk ke gawang tuan rumah pada minit ke-92, hanya lapan minit selepas Malacia menampan masuk hantaran Jesus Navas ketika Sevilla berjalan mencari jalan untuk bangkit di Old Trafford dalam aksi suku akhir pertama.

Dua jairngan Marcel Sabitzer kelihatan membenarkan skuad kendalian Erik ten Hag memperoleh penguasaan penuh, hanya sebelum drama yang berlaku di penghujung perlawanan menyaksikan United dipenuhi perasaan kecewa sejurus tamat perlawanan.

Skuad kendalian Jose Luis Mendilibar bakal memperoleh kelebihan beraksi di tempat sendiri minggu hadapan selepas mereka memburu gelaran UEL yang ketujuh yang dimenangi sejak musim 2006-07.