HAPOEL BEER SHEVA 1 VILLARREAL 2

Ketua jurulatih Villarreal, Unai Emery, berpuas hati apabila pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas kelab Israel, Hapoel Beer Sheva, dalam aksi Liga Persidangan Europa (UECL) di gelanggang lawan awal pagi tadi.

The Yellow Submarine menang hasil jaringan penalti Jose Luis Morales dan penyudah Alex Baena selepas Rotem Hatel menyamakan kedudukan buat Beer Sheva.

Emery berkata: "Saingan peringkat Eropah amat sukar, anda akan sentiasa berdepan kesukaran berdepan pasukan yang bagi mereka adalah satu peluang terbaik selain berdepan lawan yang berusaha keras.

"Mereka memaksa kami dalam banyak aspek termasuk secara fizikal, kesukarannya sama seperti dalam Liga Juara-Juara Eropah.

"Kami perlu bermain dengan amat serius dan kami mendapatkan kemenangan ini dengan pemain yang berbeza.

"Saya gambira apabila jaringan diberikan keutamaan untuk memenangi perlawanan ini. Pengalaman telah membantu kami.

"Amat penting untuk pemain muda memperioleh keyakinan di peringkat seperti ini. Mereka juga diberikan sokongan yang baik oleh pemain veteran.

"Ia satu batas untuk mencari minit permainan dan pengalaman berdasarkan apa yang kami hadapi," katanya.