Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel, berang dengan penjelasan pengadil perlawanan selepas membenarkan Arsenal terlepas daripada hukuman kerana 'kesilapan kanak-kanak' semasa perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Bayern berasa mereka dinafikan dengan sepakan penalti yang jelas pada minit ke 66 selepas pemain pertahanan The Gunners, Gabriel, secara jelas mengambil bola sepakan gol David Raya.

Pegawai perlawanan, Sweden Glenn Nyberg, dilaporkan memilih untuk tidak memberikan sepakan penalti kerana sifat pelik dengan kejadian tersebut, Tuchel menganggap penjelasan pengadil itu 'mengerikan' buat diri dan pasukannya.

"Pengadil membuat kesilapan yang besar.

"Saya tahu ia adalah keadaan yang gila. Mereka meletakkan boleh di bawah, dia bersiul dan pemain pertahanan datang mengambil bila dengan tangan.

"Apa yang membuatkan kami sangat marah ialah penjelasan pengadil di atas padang.

"Dia memberitahu kami bahawa itu adalah kesilapan kanak-kanak dan dia tidak memberikan penalti untuk itu dalam suku akhir liga juara-juara ini.

"Ia adalah penjelasan yang mengerikan dan teruk. Kesilapan kanak-kanak, kesilapan orang dewasa atau apa-apa sahaja. Kami berasa marah kerana ia adalah keputusan yang besar bagi kami." katanya.