Penyerang Bayern Munich, Harry Kane, tidak berjaya untuk kembali ke London dengan bergaya apabila Arsenal berjaya mengikat pasukannya dengan keputusan seri 2-2 dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.

Penjaring terbanyak Totenham sepanjang zaman itu menjaringkan gol ke 15 kariernya dalam 20 penampilan menentang The Gunners selepas menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama di Stadium Emirates.

Begitupun, pemain gantian Leandro Trossard mengakhiri perlawanan tersebut dalam keadaan yang sempurna untuk aksi timbal balik mereka minggu depan apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 76 selepas jaringan gol pembukaan Bukayo Saka pada minit ke 12 disamakan oleh bekas penyerang Arsenal, Serge Gnabry enam minit kemudiannya.

Juara Eropah enam kali iaitu Bayern Munich hampir berjaya meledak gol kemenangan pada minit ke 90 tetapi sepakan Kingsley Coman sekadar terkena tiang.

Saka juga dinafikan sepakan penalti pada masa tambahan berikutan cabaran yang diberikan oleh Manuel Never menjatuhkan dirinya tetapi pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah.