Karim Benzema menjaringkan hatrik ketika Real Madrid bangkit untuk mengatasi Paris Saint-Germain 3-1 awal pagi tadi untuk memastikan kemenangan agregat 3-2 dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL).

Kylian Mbappe, yang dikhabarkan bakal menyertai Real secara percuma penghujung musim ini, memberikan kelebihan dua jaringan buat PSG dalam separuh masa pertama -- jaringan yang menyaksikan dia mengatasi Zlatan Ibrahimovic sebagai penjaring kedua terbanyak kelab dengan 157 gol.

Benzema memimpin kebangkitan Los Blancos dalam separuh masa kedua, meledak gol pertama pada minit ke-61 hasil kesilapan Gianluigi Donnarumma.

Dia kemudian memastikan pasukannya layak ke suku akhir dengan dua yang dihasilkan dalam tempoh dua minit menyaksikan skuad kendalian dikejutkan dengan penyingkiran.