Pasukan Bundesliga itu tewas 7-0 di Stadium Etihad awal pagi tadi dan tersingkir daripada saingan itu dengan agregat 1-8 kerana gagal mengekang penyerang kebangsaan Norway berkenaan.
Lima gol yang dijaringkan Haaaland dalam tempoh kurang sejam menyaksian betapa mudahnya pemain itu memecahkan pertahanan Leipzig dari jarak dekat.
Sebagai jurulatih yang mula mencungkil bakat penyerang itu sewaktu di Salzburg empat tahun lalu, Rose amat mengenali Haaland tetapi mengakui pasukannya tidak mempunyai cara untuk mengekang pemain itu sehingga ke penghujung saingan.
5 - Erling Haaland is the third player to score five goals in a single UEFA Champions League game after Luiz Adriano in October 2014 (Shakhtar Donetsk vs BATE Borisov) and Lionel Messi in March 2012 (Barcelona v Bayer Leverkusen). Playground. pic.twitter.com/0eWf7fsxgv
— OptaJoe (@OptaJoe) March 14, 2023
"Saya amat mengenali Haaland. Saya tahu kualiti yang dimilikinya. Apabila dia hampir dengan gawang gol, dia pasti mahu menjaringkannya. Dia menjaringkan lima gol dan kami tidak pernah dapat untuk bersaing dalam perlawanan ini.
"Dia mendapatkan permainan yang hebat. Dia menjaringkan gol dengan kakinya dan dengan kepalanya, memenangi bola kedua dan melakukan larian ke dalam.
"Ia nampak amat mudah. Dia mengambil bola daripada pengadil. Itu menunjukkan kepada anda betapa istimewanya dirinya," katanya.