Kai Havertz meledak gol tunggal perlawanan ketika Chelsea memenangi Liga Juara-Juara (UCL) buat kali kedua dengan menewaskan Manchester City 1-0 di Porto.

Penyerang Chelsea, Havertz, menyelamatkan jaringan pertamanya dalam saingan UCL bagi pentas tertinggi di Estadio do Dragao awal pagi tadi, meledak jaringan di lewat separuh masa pertama.

Skuad kendalian Thomas Tuchel ternyata menampilkan aksi cemerlang, cukup berdisiplin bagi mematahkan semangat City, menafikan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk elakar treble dalam aksi final UCL pertama mereka.

Tuchel mengalami kekalahan dalam saingan bola sepak Eropah tahun lalu ketika mengendalikan Paris Saint-Germain, namun rakan senegara, Havertz memastikan Chelsea mengatasi City dan Pep Guardiola buat kali ketiga dalam tempoh sebulan.


City, yang secara mengejutkan bermula tanpa kedua-dua Fernandinho dan Rodri untuk kedua kalinya musim ini, ketika Ederson melakukan hantaran buat Raheem Sterling dengan umpanan cemerlang, tetapi sentuhan buruk penyerang itu membenarkan Reece James dan Edouard Mendy memastikan menyelamatkan situasi bahaya dalam kotak penalti Chelsea.

Larian cemerlang serta rentak Timo Werner membuatkan benteng pertahanan City tidak tenang, tetapi dia gagal melakukan sepakan bagi membuka jaringan di awal permainan.

Halangan penting daripada Antonio Rudiger menafikan Phil Foden di mana dia terhidang untuk melakukan jaringan sebelum Chelsea berjaya mendahului perlawanan selepas Thiago Silva dikeluarkan ekoran masalah kecederaan.

Mount bertindak selaku arkitek jaringan pasukannya, menemui kelompongan dalam benteng pertahanan City sebelum mencari Havertz, yang bijak melepasi Ederson sebelum membuka jaringan.



City menerima tamparan di awal separuh masa kedua apabila Kevin De Bruyne dikeluarkan kerana mengalami bengkak pada bahagian mata ekoran bertembung dengan Rudiger, yang dilayangkan kad kuning.