INTER 2 SHAKHTAR 0

Simone Inzaghi memberi amaran kepada Inter supaya tidak lekas berpuas hati selepas mereka meneruskan prestasi mengagumkan dengan kemenangan ke atas Shakhtar Donetsk.


Nerazzurri di ambang kemaraan ke pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) selepas dua gol sumbangan Edin memastikan kemenangan mereka di San Siro.

Mereka menemui rentak kemenangan selepas menundukkan Napoli 3-2, hujung minggu lalu untuk penyandang juara Serie A itu belum tewas dalam lapan perlawanan terakhir.

Justeru, Inzaghi menggesa pemainnya agar meneruskan momentum mereka.

“Kami memerlukan kemenangan ini,” katanya.

“Kami mencipta banyak peluang dalam separuh masa pertama dan kekecewaan mula berputik, jadi gol pertama Dzeko memberi kelegaan buat kami.

“Layak ke peringkat kalah mati adalah satu pencapaian yang hebat.

“Saya rasa kami telah bermain dengan hebat dan jangan lupa kami hanya tinggal lebih kurang 48 jam lagi untuk perlawanan menentang Venezia. Seperti perlawanan dengan Napoli, kami telah mengerah banyak tenaga termasuk aspek mental.

"Kami sedang dalam tempoh yang baik tetapi kami perlu meneruskan rentak ini."





Walaupun dua gol awal tuan rumah menerusi Ivan Perisic dan Lautaro Martinez dibatalkan, Dzeko percaya tuan rumah meraih ganjaran sebenar berkat kesabaran dan ketabahan mereka.

"Inter menandatangani saya untuk menjaringkan gol dan saya cuba menyalurkan sumbangan saya," tambah bekas penyerang Manchester City itu.

“Dalam separuh masa pertama, kami melakukan banyak kesilapan tetapi penjaga gol mereka juga beraksi mantap.

“Kami memungut tiga mata penting.

“Bola tidak mahu masuk dalam separuh masa pertama tetapi babak kedua juga kelihatan seperti mahu berpihak kepada kami apabila gol kami tidak diiktiraf.

"Kami perlu bersabar, tidak melepaskan gol dan dalam separuh masa kedua, kami akhirnya berjaya menjaringkan dua gol."