Carlo Ancelotti percaya perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) Real Madrid menentang Bayern Munich mungkin terlalu awal buat Thibaut Courtois memandangkan dia baru kembali daripada kecederaan.

Penjaga gol Belgium itu terlepas sebahagian besar kempen musim ini berikutan kecederaan lutut dan memerlukan pembedahan lanjut pada Mac lalu.
Iklan

Courtois, yang telah diketepikan daripada Euro 2024 oleh ketua jurulatih Red Devils, Domenico Tedesco, membuat penampilan pertamanya dalam kempen menentang Cadiz hujung minggu lalu dan pemain berusia 31 tahun itu tidak dibolosi dalam kemenangan 3-0 itu.

Walaupun dia telah disenaraikan dalam skuad hari perlawanan Madrid untuk kunjungan ke Bayern berbekalkan agregat 2-2, Ancelotti membayangkan dia mungkin kembali mempertaruhkan Andriy Lunin.

"Selepas kecederaan yang serirus, anda tidak boleh mengubah perancangan berdasarkan prestasi yang hebat," kata pengurus berbsa Itali itu dalam sidang akhbar pra-perlawanan.





"Courtois memerlukan sedikit masa untuk mengembalikan tahap terbaiknya. Dia mengharungi permainan yang hebat menentang Cadiz dengan aksi ketangkasan dan keyakinan tetapi dia perlukan prestasi terbaiknya."